HARAM 2.0: RELEVANKAH GURU-GURU DIPANTAU?




Sekadar Hiasan

Mendengar tajuk di atas adalah sesuatu yang jarang kita dengar dan lihat, tetapi tidak mustahil dilakukan memandangkan sekarang guru-guru yang bersifat talam dua muka ini sentiasa mengambil peluang dalam Perhimpunan Haram ini.

Jika di sekolah, guru besar atau pengetua yang akan memantau guru-guru biasa ini sama ada mereka ini menjalankan amanah dan tanggungjawab selaras dengan gaji mereka atau sekadar mengajar kosong (cukup bulan dapat gaji). Selain guru besar dan pengetua, peranan Nazir juga besar tanggungjawabnya dengan memantau dan menilai seseorang guru bagi melihat keberkesanannya mengajar.

Itu di sekolah, tetapi 9 Julai 2011 ini pastinya ada sebilangan guru-guru yang mukanya bertalam-talam akan mengikuti perhimpunan haram itu. Pasti ada kerana difahamkan kebanyakan guru-guru yang mengajar agama dan pensyarah ramai yang terpengaruh dengan perhimpunan ini dan mereka juga tergolong dalam mendukung perjuangan PAS dan PKR.


Tindakan Ketua Pengarah Pelajaran yang membuat borang bagi memantau guru dan pelajar adalah sesuatu yang sangat sesuai. Jangan khuatir sekiranya guru-guru memberikan komen yang pedas atas usaha Jabatan Pelajaran. Ingatlah wahai guru, sungguhpun sumbanganmu itu mulia, tetapi sekiranya tugasmu itu tidak ikhlas dan mempunyai pengaruh politik, alangkah baiknya kamu (guru) melepaskan jawatan. Sekiranya kamu (guru) hendak berpolitik, maka lebih baik kamu (guru) sertai politik sepenuh masa supaya anak didikmu itu tidak ketinggalan jauh dalam pelajaran dek kerana kelekaan kamu berpolitik.

Untuk pengetahuan Jabatan Pelajaran, usah ragu dengan kritikan dan ugutan para guru itu kerana mereka hanya makan gaji. Sekiranya tidak suka maka jawapannya mudah sahaja. Ramai lagi di kalangan rakyat Malaysia yang berminat menjadi guru seperti mana beberapa guru GST dan pelajar lepasan universiti.


Justeru, Ketua Pengarah Pelajaran ambillah tindakan tegas kerana masyarakat sekeliling sentiasa melihat perkara ini dengan lebih dekat. Saban tahun guru-guru akan meminta kerajaan menaikkan gaji, pangkat dan gred jawatan. Saban tahun juga mereka menerimanya. Tidak seperti kakitangan lain yang hanya menjadi penonton sahaja walaupun tugas mereka lebih teruk berbanding guru.

Oleh itu, para guru perlu menghormati kerajaan sebagai majikan anda.Tegakkanlah undang-undang demi agama, bangsa dan tanahair. Patuhilah undang-undang.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

PembangkangBangang
July 7, 2011 at 9:36 PM

Pesal sekolah aku tak dapat borang tu.... sekolah tu penuh dengan pembangang... ehhh,pembangkang... yang bangang....

Anonymous
July 7, 2011 at 10:06 PM

Guru2 ingatlah bahawa kita hendaklah menjadi contoh tauladan yang baik kepada anak didik n janganlah kita yang memulakan api dalam sekam dgn menentang kerajaan...so kalau masih entingal kata org sarawak...mun kena tangkap kelak sapa yang rugi.....diri sendiri.....so renung-renungkan dan selamat memikir.......

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger