HARAM 2.0: PEGUAM ARIP AMERAN 'HALALKAN' PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0 BAGI MENIPU RAKYAT





Arip Ameran seorang peguam syarie manakala See Chee How seorang peguam tanah. Namun, kedua-duanya merupakan peguam yang boleh mentafsirkan undang-undang mengikut pengetahuan. Tetapi, apabila bercakap mengenai Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 dan dikaitkan dengan undang-undang, ternyata kedua-dua peguam ini lebih bersifat kepentingan politik berbanding memberikan kenyataan yang benar.

Perhimpunan anjuran BERSIH itu diadakan bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan bukan sebaliknya.

Persoalannya, kenapa perlu mengadakan perhimpunan haram BERSIH 2.0 hanya semata-mata mahu menghantar memorendum kepada Yang di-Pertuan Agong. Gunakan sahaja Pos Malaysia atau perkhidmatan kurier lain yang hanya mengambil masa yang singkat untuk sampai. Atau memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong secara rasmi. Susah sangat ke?

Kekecohan mungkin berlaku akibat sabotaj justeru kami minta pihak PDRM untuk memantau supaya tidak berlaku kekacauan.

Andai sudah tahu perhimpunan haram itu akan mengakibatkan kekacauan, mengapa perlu teruskan niat itu. Dalam hal ini, perkataan sabotaj itu sebenarnya datang daripada golongan penganjur sendiri yang mahu menutup kelemahan sendiri. Apakah penganjur boleh mententeramkan mereka yang menyertainya seperti mana janji S. Ambiga? Percayalah, tidak akan ada kalangan mereka yang menyertai perhimpunan itu akan mendengar arahan S. Ambiga mahupun Anwar atau Mat Sabu. Apabila telah dikerumuni dengan emosi, tiada siapa yang dapat mengawal. Alasan ini akan digunakan penganjur dengan menunding jari kepada polis dan kerajaan.

Tindakan polis yang mengenakan sekatan dan tahanan kepada beberpa pemimpin PKR dan DAP yang mempromosikan perhimpunan itu adalah sebagai satu langkah pencegahan supaya keadaan tidak berlaku huru-hara. Jsuteru, Pakatan Pembangkang tidak perlu mempersoalkan tindakan polis termasuk menahan rakan Arip Ameran, Zulhaidah Suboh yang degil apabila memakai baju-T BERSIH 2.0.

“Jika berlaku kekacaun, mereka patut menahan orang yang melakukan kekacauan itu bukan sebaliknya membuat provokasi,”.
Apa sahaja yang dilakukan pihak polis pastinya tidak betul bagi pandangan Pakatan Pembangkang. Tugas polis menjaga keamanan dan ketenteraman. Justeru, polis berhak menahan sesiapa sahaja yang didapati bersalah dalam perhimpunan haram itu.

Selain itu, Arip turut memberitahu bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 yang dianjurkan bukan perhimpunan haram kerana ia mengikut Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan.
“BERSIH mengadakan perhimpunan itu mengikut apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan…kecuali Perlembagaan Persekutuan menghalang dan tidak termaktub dalam Artikel 10 barulah perhimpunan BERSIH itu haram.
Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu tidak mendapat permit dari polis dan dikategorikan sebagai ‘haram’. Tindakan Arip mengaitkan perhimpunan haram itu dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan hanyalah bertujuan untuk mengaburi mata rakyat Malaysia.

“Ini kerana undang-undang paling tinggi di Malaysia ini adalah Perlembagaan Persekutuan, apa-apa undang-undang yang digubal hendaklah mengikut kuasa yang diberi Perlembagaan Persekutuan dan kalau ia melebihi Perlembagaan Persekutuan maka undang-undang itu terbatal”.
Dalam soal perhimpunan haram, Pakatan Pembangkang akan menggunakan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi. Tetapi, kenapa tidak menggunakan Perlembagaan Persekutuan terhadap 8 tuntutan pilihan raya yang cuba dituntut BERSIH 2.0?

SPR sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan S. Ambiga dan BERSIH 2.0 bagi memaklumkan berhubung pandangan dan cadangan mengenai pilihan raya. Dan ada di antara cadangan BERSIH 2.0 yang diangkat untuk dikaji dengan lebih lanjut. Manakala, 8 tuntutan BERSIH 2.0 yang cuba dibawa dalam perhimpunan haram itu memerlukan pindaan Perlembagaan dan kelulusan Dewan Rakyat. Apakah itu pun peguam seperti S. Ambiga tidak faham termasuklah Arip Ameran?

Pihak berkuasa sepatutnya menjaga dan memantau orang berhimpun kerana perhimpunan itu berasaskan Perlembagaan Persekutuan.

Apakah apabila perhimpunan haram itu menjadi huru-hara dan kacau bilau baharulah polis menjalankan tugasnya? Sebaiknya, perhimpunan haram itu perlu dicegah bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti yang pernah berlaku sewaktu demontrasi reformasi dan Perhimpunan Haram BERSIH 1.0 dahulu.

Jika polis menghalang perhimpunan itu maka ia melanggari apa yang terkandung dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan dan memberi kebebasan rakyat Malaysia untuk berhimpun, bersuara dan berparti.
Sehingga kini, pemerintahan kerajaan Malaysia berteraskan demokrasi. Tetapi, demokrasi dalam konteks pembangkang lebih bersifat anarki yang mahukan negara ini huru-hara. Apakah ini amalan demokrasi yang dimahukan pembangkang? Selama ini, kerajaan tidak menyekat rakyatnya untuk berparti mahupun bersuar serta berhimpun, tetapi biarlah berasaskan undang-undang dan peraturan.

Amalan mencegah dan menghalang rakyat untuk mengadakan perhimpunan juga salah satu fahaman komunis.
“Untuk mengkategorikan perhimpunan itu haram atau tidak kita kena kembali kepada undang-undang, kalau undang-undang mengatakan perkara itu haram maka haramlah tetapi kalau undang-undang sudah membenarkan maka benda itu tidak haram.
Ternyata kenyataan Arip Ameran ini bersifat politik sehingga membenarkan fahaman dan idelogi komunis menguasai dirinya. Perhimpunan haram yang pernah dianjurkan pembangkang tiada satupun yang disifatkan sebagai aman. Malah, setiap kali perhimpunan haram berlaku rusuhan yang di luar kawalan menjadi sebahagian daripada amalan pembangkang.

Tindakan polis yang mencegah dan menghalang rakyat daripada terlibat dalam perhimpunan haram adalah sesuatu yang sangat bertepatan. Tiada cacat celanya memandangkan semua rakyat cintakan keamanan dan kententeraman kecuali ahli-ahli Pakatan Pembangkang termasuk Arip Ameeran.

Bercakap mengenai Arip Ameran, calon PKR yang kalah teruk dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10. Sebelum ini banyak menggunakan akhbar sebagai publisiti dan mempromosikan dirinya atas jawatan peguam syarie. Dan, apabila menjelang pilihan raya, Arip Ameran yang merupakan anak jati Asajaya telah bertanding di DUN Asajaya. Sepanjang berkempen, Arip Ameran telah tidak diterima penduduk kampung berikutan sikapnya yang banyak menghuru-hara penduduk kampung dengan dakyah dan perjuangan PKR yang menghasut rakyat membeci kerajaan. Penduduk Asajaya lebih mengenali Arip Ameran sebagai seorang yang suka memecahbelahkan rakyat dengan hari berkata lain, esok pula bercakap lain. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger