HARAM 2.0: LIM GUAN ENG KUTUK PERHIMPUNAN DI PULAU PINANG, TETAPI SOKONG PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0





Kenyataan Lim Guan Eng yang mengutuk perhimpunan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) membuktikan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bersikap dwistandard dan hipokrit.

Sebaliknya, Lim Guang Eng secara terang-terangan menyokong Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

‘‘Hari ini, beliau mengutuk protes di Pulau Pinang kelmarin, tetapi boleh pula menyokong perhimpunan haram Bersih. Ini bukti beliau bersikap hipokrit.

‘‘Sikap seperti ini dan kebanyakan pemimpin pembangkang adalah berdasarkan kepentingan mereka dan bukan berasaskan prinsip moral.

‘‘Kes akhlak, liwat, zina, hak asasi manusia dan jenayah rasuah akan ditutup dan dilindungi sekiranya membabitkan kepentingan parti atau pemimpin mereka’’.

Sikap Guan Eng yang mengutuk protes di negeri pimpinannya adalah semata-mata untuk menutup ‘pekung di dadanya’ yang dikatakan sebagai pemimpin rasis.

Apakah rakyat Pulau Pinang mahukan Ketua Menteri yang hipokrit? 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger