HARAM 2.0: KEMENANGAN BERSIH 2.0 KEMENANGAN ANWAR IBRAHIM, TAPI VIDEO SEKS TU BELUM TENTU ANWAR IBRAHIM BOLEH MENANG







Sikap Anwar Ibrahim dalam kes video seksnya yang kini tersebar luas sama seperti beberapa pemimpin luar negara seperti Dominique Strauss Kah dan pemimpin Turki. Tetapi, perbezaannya pemimpin luar negara yang berasakan dirinya memang terlibat dalam skandal seks dengan sikap profesionalnya meletakkan jawatan tanpa berdolak dalih.

Apa yang berlaku di Turki itu lebih menggegar. Kesnya hampir sama dengan skandal terbaru Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Menerusi pendedahan video tersebut, beberapa pemimpin Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) dipaparkan sedang melakukan hubungan seks di sebuah rumah.

Ekoran pendedahan tersebut, enam pemimpin MHP meletakkan jawatan. Antara yang berbuat demikian ialah Timbalan Pengerusi MHP, Osman Cakir, Umit Safak dan Mehmet Ekici serta Setiausaha Agung, Cihan Pacaci dan timbalannya, Mehmet Taytak. Awal bulan ini, empat pemimpin parti itu, lebih awal telah mengumumkan pengunduran mereka.

Berbeza dengan Anwar Ibrahim yang bukan sahaja berdolak dalih malah bersikap mengutuk dan mengkritik kerajaan kononnya mempunyai konspirasi politik dalam video seksnya bersama pelacur China. Kes liwatnya pula ketika ini hanya menanti hukuman, tetapi kenapa perlu mengambil masa yang lama untuk dijatuhkan hukuman. Ini memberi peluang kepada Anwar Ibrahim untuk sempat bercuti di luar negara.

Dan di sini dipanjangkan artikel Papagomo.com yang akan membuka mata banyak pihak terhadap dolak dalih Anwar Ibrahim dan keluarganya berhubung kes video seksnya bersama pelacur China.

Inilah video yang menjadi ketakutan kepada Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan seluruh kepimpinan Pakatan Pembangkang terutamanya kepimpinan PKR.

Video di atas menjelaskan kepada kita semua satu persatu Isu yang di kaitkan dengan Skandal Video Seks Anwar Ibrahim yang mana sehingga kini Anwar Ibrahim masih lagi GAGAL menjawab setiap soalan yang diajukan kepadanya baik dari wartawan mahupun Rakyat Malaysia khususnya.

Johari Abdul meredah sehingga ke Thailand dalam membuat Dokumentari mengenai teknik tempelan muka yang kononya mendakwa pelaku dalam video seks tersebut bukanlah Anwar Ibrahim sebaliknya orang yang telah dimakeup mukanya menyamai Anwar Ibrahim.

Dianggarkan RM150 ribu wang telah digunakan bagi menghasilkan Video Dokumentari oleh Anwar Ibrahim dan itu pun dapat dijimatkan sedikit apabila menggunakan Johari Abdul sebagai pengacara dokumentari tersebut.

Video yang dikeluarkan ini hanya 14 minit 52 Saat ini tidak memerlukan modal seperti mana yang Anwar Ibrahim peruntukkan untuk menafikan dirinya sebagai pelaku Video Seks.

Rakyat Malaysia perlu jelas bahawa Kelapan Elemen yang dinyatakan di dalam video di atas tidak dapat disangkal langsung oleh Anwar Ibrahim mahupun Johari Abdul. Apatah lagi Wan Azizah yang dilihat cuba melindungi perbuatan Songsang suaminya walaupun tahu Pelaku video tersebut adalah suaminya.

Inilah yang sewajarnya Rakyat Malaysia renungkan, apakah orang seperti Anwar Ibrahim ini kita perlu julang sebagai pemimpin? Apakah orang seperti Pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain kita perlukan sebagai wakil rakyat kita? Jelas mereka menipu dan membohongi Rakyat Malaysia dan tidak gentleman sebagaimana pemimpin di negara Barat.

Di harapkan Seluruh Rakyat Malaysia dapat menyebarkan Video di atas kepada sesiapa sahaja yang masih lagi merasa sangsi dan curiga bahawa Pelaku dalam Video Seks tersebut adalah: ANWAR BIN IBRAHIM.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger