GOLONGAN ANWARISME BIDAS NIK AZIZ SOKONG SISTEM BIOMETRIK



Benarkah Sistem Biometrik Tidak Telus?

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyokong dan bersetuju menyokong sistem biometrik yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menggantikan dakwat hitam kekal yang dicadangkan Pakatan Pembangkang. Malah kata Nik Aziz, PAS sedia mendengar penjelasan daripada SPR berhubung sistem itu.

Tidak sampai 24 jam, golongan profesional atau lebih tepat lagi kumpulan Anwarisme menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara tersebut. Lebih mendukacitakan belum pun sempat perjumpaan diadakan, Jawatakuasa PAS Pusat telah pun membuat keputusan menolaknya.

Naib Presiden PAS, Husam Musa menjelaskan penolakan itu berdasarkan kepada dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara sejak sekian lama.

PAS sebaliknya tetap dengan pendirian menuntut penggunaan dakwat kekal kerana hanya cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam sistem pilihan raya negara.

"Kita telah bincang cadangan itu (biometrik) dan kalau ikut kronologi biometrik merupakan cadangan Perdana Menteri yang diterima oleh SPR, kami berpendapat penggunaan sistem tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah pengundian dua kali atau lebih”.

Naib Presiden PAS, Husam Musa


Selain Husam, turut menyokong keputusan menolak kenyataan Nik Aziz Nik Mat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Semalam, Nik Abdul Aziz menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.

Penolakan golongan Anwarisme ini secara jelas PAS semakin tidak ikhlas mencari jalan penyelesaian ke arah penambahbaikan sistem pilihan raya, sebaliknya lebih gemar untuk bermain dengan isu. Kenapa perlu menolak sistem itu sedangkan ia sebagai satu cadangan realistik bagi proses penambahbaikan pilihan raya seperti yang dikehendaki PAS dan Pakatan Pembangkang.

"Sepatutnya dengar dulu penjelasan SPR mengenai kebaikan sistem biometrik berbanding dakwat kekal. Kalau PAS ikhlas mahu penambahbaikan sistem pilihan raya, kenapa mereka tidak mengambil sikap terbuka? Sokong atau sekurang-kurangnya dengar dulu, bukannya tolak mentah-mentah”.

Terdahulu, SPR mempelawa wakil setiap parti politik di negara ini untuk menguji keberkesanan sistem biometrik sebelum ia diguna pakai dalam pilihan raya umum akan datang.

''Ketika bertemu pakar-pakar berkenaan, kami akan menyuarakan pelbagai soalan kepada mereka dan melihat apakah ia mengikut spesifikasi dan menjawab segala kebimbangan rakyat. Selepas berpuas hati dengan penjelasan pakar-pakar berkenaan, kami akan memanggil parti politik untuk melihat sendiri dan mengujinya serta mereka turut akan diberi peluang untuk bertanya soalan tambahan”.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar


Dalam Wacana Ilmu itu, parti politik di negara ini tidak sewajarnya menganggap SPR sebagai musuh sebaliknya suruhanjaya itu amat mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan dalam sistem demokrasi di negara ini.

Pintu SPR sentiasa terbuka kepada semua untuk memberi maklum balas bagi melakukan penambahbaikan sistem demokrasi di negara ini dari semasa ke semasa.

Justeru, golongan yang dikatakan profesional dalam PAS seharusnya melihat hasil ujikaji dahulu sebelum menolak sesuatu cadangan. SPR sebagai badan bebas pastinya tidak akan tergesa-gesa bersetuju dengan cadangan menggunakan sistem biometrik itu sekiranya ia tidak sesuai atau menemui kegagalan. Berbeza dengan sistem dakwat kekal hitam yang dicadangkan Pakatan Pembangkang yang sebenarnya berunsur ketinggalan zaman. Sebelum ini hanya negara yang mempunyai ramai penduduk dan tidak menggunakan daftar pemilih sebagai kaedah mengundi seperti Indonesia, China dan India. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger