DAP IKUT JEJAK SELANGOR, PEMBERIAN RM100 SEBAGAI GULA-GULA POLITIK





Ketika PRU-12 2008, Pakatan Pembangkang telah berjaya merampas dan menawan Selangor daripada BN dengan mengemukakan minifesto yang ‘tersangat’ menarik perhatian rakyat. Akibatnya Selangor telah berjaya ditawan Pakatan Pembangkang. Semua ini dek kerana minifesto yang dikemukakan Pakatan Pembangkang yang banyak ‘menghadiahkan’ wang kepada rakyat Selangor.

Anak baru lahir, pelajar masuk IPT, orang tua dan keluarga miskin semuanya dijanjikan wang kononnya bagi membantu rakyat. Rakyat semasa pilihan raya telahpun disogokkan dengan wang sehingga mengaburi mata rakyat. Namun, sehingga kini semua minifesto tersebut hanya tinggal kenangan dan rakyat masih menagih kepada kerajaan negeri Selangor berhubung pemberian lewat dan permohonan mereka ditolak.

Ketika Pakatan Pembangkang sibuk mengatur strategi bagi mempertahankan negeri-negeri yang ditadbir mereka, DAP telah memasang gula-gula politik bagi mempertahankan Pulau Pinang. Umum sedia maklum, kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP telah banyak menghadapi tentangan daripada rakyatnya sendiri kerana kepincangan pentadbiran negeri.

Demi memastikan Pulau Pinang kembali diperintah Pakatan Pembangkang, kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng telah menimbang memberi RM100 kepada bayi yang dilahirkan mulai tahun ini kepada salah seorang ibubapa yang merupakan pengundi di negeri itu.

Program “Anak Emas Pulau Pinang” akan mensyaratkan pengesahan pendapatan isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan.

Sebelum ini, pemberian wang kepada golongan tua miskin telah menjadi isu sensasi apabila wang yang dijadikan pemberian itu diperolehi daripada hasil judi. Tindakan kerajaan Pulau Pinang itu diibaratkan sebagai memperlekehkan orang Islam kerana kebanyakannya peserta itu merupakan terdiri daripada orang Islam.

Dalam keadaan terhimpit, Pakatan Pembangkang cuba melakukan sedaya upaya untuk menarik perhatian rakyat untuk terus menyokong mereka. Pakatan Pembangkang sedar bahawa kini populariti Pakatan Pembangkang semakin menurun kerana kepincangan pentadbiran di samping penerimaan rakyat terhadap Gagasan 1Malaysia. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger