APAKAH PEGUAMBELA KELUARGA TEOH BENG HOCK AKAN MENERIMA KEPUTUSAN SURUHANJAYA DIRAJA?



Seperti biasa, perwatakan pembangkang dan keterbiasaan dalam melawan undang-undang telah menyebabkan peguam-peguam yang mewakili keluarga Teoh Beng Hock tidak berpuas hati dengan keputusan Suruhanjaya Diraja berhubung kematian Teoh Beng Hock disebabkan MEMBUNUH DIRI.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Teoh Beng Hock akan mencabar keputusan Suruhanjaya Diraja itu di mahkamah.

Karpal Singh akan memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi mengetepikan keputusan berkenaan.

"Memandangkan keluarga ini tidak menerima keputusan suruhanjaya diraja bahawa anak lelaki mereka membunuh diri, satu daripada pilihan yang mereka ada ialah untuk membawa perkara ini ke mahkamah," kata Karpal Singh.

Pada sidang akhbar berhubung keputusan Suruhanjaya Diraja, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz memaklumkan bahawa Teoh Beng Hock mati dengan terjun dari bangunan disebabkan akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Ketiga-tiga pegawai SPRM iaitu Hishamuddin Hashim, Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus, berkemungkinan besar berbentuk soal siasat secara intensif sekali lagi ke atas Teoh untuk memaksanya membuat pernyataan bahawa Yong yang mengarahkannya untuk melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang dalam mengendalikan peruntukan tersebut.

Mereka didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan".

Semestinya Pakatan Pembangkang akan terus menggunakan kes kematian Teo Beng Hock bagi meraih simpati politik menjelang PRU-13.

Kesediaan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja dengan kos melebihi jutaan ringgit bagi menyiasat kematian Teo Beng Hock ini adalah untuk memastikan keadilan akan dapat dicapai seperti kehendak keluarga Teoh Beng Hock dan Pakatan Pembangkang yang sebelum ini melaungkan siasatan yang adil.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger