AKTIVIS PSM LANCAR MOGOK LAPAR, CUBA SALAHKAN POLIS KATA ISTERI JEYAKUMAR



Ahli Parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dipercayai melancarkan mogok lapar (menurut kata isterinya, R Mohanarani) kerana kecewa dan hampa dengan penahanan tanpa bicaranya yang berpanjangan mengikut Ordinan Darurat.

“Apabila saya jumpa suami saya Dr Jeyakumar pada 11 pagi semalam, beliau suarakan perasaannya yang sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis PSM yang ditahan sejak 2 Julai lalu”.

R Mohanarani

Dr Jeyakumar memberitahu beliau akan mogok lapar mulai hari ini dalam usaha mendapatkan keadilan.

“Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga semua PSM6 dibebaskan atau dituduh di mahkamah. Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar”.

Mereka meneruskan mogok lapar kerana telah hilang kepercayaan ke atas polis yang didakwanya 'menembak secara liar' menolak penafian bahawa mereka sebahagian daripada BERSIH 2.0 ataupun Parti Komunis Malaysia.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara menangkis dakwaan isteri Dr Jeyakumar, R Mohanarani bahawa kononnya polis sengaja melengah-lengahkan perbicaraan mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata sebarang tindakan yang diambil oleh pihaknya adalah berdasarkan undang-undang yang ada demi kepentingan dan keselamatan negara.

"Kita memberi jaminan semua tahanan adalah berdasarkan langkah prosedur yang ada dalam undang-undang, peguam mereka tahu, pihak-pihak tertentu telah dibenarkan berjumpa dengan (Dr D. Michael) Jeyakumar".

Polis memberi jaminan kesemua enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) bulan lalu, dijaga dengan baik mengikut prosedur undang-undang yang sedia ada.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
July 29, 2011 at 2:50 PM

Biar dia lapar sampai mampos. Orang macam ini menyusahkan rakyat. Sekurang-kurangnya kalau mampos aman sikit Malaysia.ini.

Anonymous
July 29, 2011 at 3:35 PM

Aku setuju bior mampos!!! Kalau aku jadi pembekal nasi kepada mereka ni aku tambah sikit racun tikus lagi cepat mati kurang sikit pendatang haram ni...

July 29, 2011 at 3:51 PM

Kita apa peduli dia nak mogok lapar. Sepatutnya jgn beri makan lagi cepat mampus. Duit beri dia makan bagus diberikan pd org miskin. Lagi cepat mampus lagi bagus. Bunuh dirilah...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger