AKIBAT DEGIL, POLIS TAHAN DAN SALAHKAN POLIS



Muka-muka DEGIL DAP

Selepas bergelut dengan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 dan pelbagai kontroversi akibat tindakan BERSIH 2.0 yang menganggu ketenteraman awam, 3 orang Pembantu Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok telah melakukan percutian ke Cameron Highlands. Bagaimanapun, percutian mereka terpaksa mengalami mimpi ngeri apabila keempat-empat termasuk kawan mereka telah ditahan polis.

Teh Hoong Keat, Lan Suet Ling dan Chin Kah Wai, bersama dengan seorang lagi rakan mereka, telah merancang untuk bercuti selama dua hari satu malam di Cameron Highlands Sabtu lalu.

Kejadian bermula apabila keempat-empat mereka balik ke bilik selepas mengunjungi pasar malam. Kakitangan hotel mengetuk pintu bilik mereka pada kira-kira jam 12.45 tengah malam. Mereka diminta keluar dan menukar bilik disebabkan perlakuan mereka sangat bising sehingga menganggu tetamu di bilik yang bersebelahan.

Difahamkan keempat-empat mereka pada malam tersebut memakai baju-T BERSIH 2.0 yang telah diharamkan penggunaannya sebelum ini atas keselamatan. Makluman ini telahpun disampaikan Ketua Polis Negara menerusi media dan khalayak. Pun begitu, ada juga di kalangan rakyat yang tidak mengendahkannya sambil mendakwa polis tidak akan menahan mereka.

Menjadi kelaziman ahli-ahli pembangkang, mereka sangat DEGIL dan mahu memberitahu kerajaan dan pihak berkuasa tempatan bahawa mereka kebal daripada undang-undang. Atas sebab itu, mereka nekad menggunakan baju-T BERSIH 2.0 bagi menunjukkan kedegilan mereka.

Sejurus itu, Polis Daerah Cameron Highlands yang diketuai Ketua Inspektor Basar Safar bersama 12 anggota lain telah datang ke bilik hotel itu dan menahan mereka atas isu keselamatan awam.

Mereka berempat telah dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Cameron Highlands untuk disoal siasat berkenaan pemakaian baju-T BERSIH 2.0 yang sebelum ini telahpun diharamkan penggunaannya.

Dakwaan Teh Hoong Keat bahawa serbuan polis itu salah kerana tidak memperkenalkan diri mereka adalah satu pembohongan. Manakan tidak Teh Hoong Keat tahu nama Ketua Polis Basar Safar sekiranya polis tidak memperkenalkan diri mereka.

Kemudian, penahanan mereka adalah sah disisi undang-undang kerana tindakan mereka memakai baju-T BERSIH 2.0 disifatkan sebagai melanggar undang-undang. Kedegilan mereka yang tetap memakai baju-T itu seakan-akan mencabar undang-undang. Apakah disebabkan mereka pembantu-pembantu Teresa Kok dan ahli-ahli DAP maka mereka boleh melanggar undang-undang negara?

Sewajarnya manusia sebegini tidak perlu diberi muka kasihan malah patut diajar dengan memberikan hukuman yang sewajarnya. Negara mempunyai undang-undang dan tujuannya adalah untuk melindungi keselamatan awam dan bukannya untuk menyeksa rakyat seperti yang didakwa DAP.

Nampaknya DAP ini semakin terang dan berusaha menentang undang-undang negara. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger