AGONG BANTAH PERHIMPUNAN HARAM 2.0





Ketika laporan polis sudah mencecah 2,862 daripada orang ramai dan organisasi serta pertubuhan, hari ini Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah bertitah baginda tidak mahu melihat negara yang mempunyai masyarakat majmuk berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri atau sebahagian rakyatnya bermusuhan dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, titah Tuanku Mizan hendaklah diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran".

Tuanku Mizan mengakui sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan perhimpunan minggu depan untuk menyerahkan memorandum kepada baginda dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu itu khususnya agensi dan jabatan yang terlibat.

Tuanku Mizan menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi, hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Pihak yang berkenaan juga jangan terikut-ikut dengan amalan negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan.

Apabila Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah bertitah berhubung Perhimpunan Haram 2.0 ini, sewajarnya Pengerusi BERSIH 2.0, S. Ambiga membatalkan perhimpunan haram pada Julai 2011.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

July 3, 2011 at 9:26 PM

"Gerenti dia orang tak peduli titah DYMM punya,..Bagi dia orang DYMM tak ada kuasa hanya sebagai lambang orang Islam jer..Kalau dia orang hormat kat DYMM dah lama dah benda ni tak ujud kat Malaysia ni..Betul tak?"

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger