TANGKAP SEGERA MAT SABU UNTUK GAGALKAN PERHIMPUNAN BERSIH



Ketika ramai rakyat dan beberapa organisasi membuat laporan polis berhubung tindakan mengadakan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (BERSIH) yang mahu mengadakan perhimpunan BERSIH secara besar-besaran di Kuala Lumpur, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebaliknya mempromosikan perhimpunan haram itu.

Mat Sabu yang baru memenangi jawatan nombor dua tertinggi Pas dilihat agresif mengajak masyarakat supaya menyertai Bersih 2 yang dianjurkan pembangkang serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 9 Julai ini.

Setelah memenangi tampuk kerusi kedua tertinggi dalam PAS, tindakan Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu tidak mempunyai kepakaran atau 'modal' lain untuk mendekati rakyat. Atas sebab itu, cara terbaik dan mudah untuk mendekati rakyat adalah dengan mengadakan perhimpunan haram.


Sebelum ini, Mat Sabu mengakui bahawa kemenangannya dalam pemilihan AJK PAS Pusat dalam Muktamar sebelum ini tidak disenangi banyak pihak dalam parti terutama kepimpinan ulama. Ini disebabkan Mat Sabu bukannya dari golongan ulama atau mempunyai latar belakang agama mahupun seorang profesional seperti kebanyakan pemimpin PAS lain.

Ramai ahli-ahli PAS beranggapan kemenangan Mat Sabu telah diatur oleh beberapa pihak yang mahu mempergunakan PAS bagi memecah belah orang Melayu.

Kemenangan Mat Sabu dalam jawatan Timbalan Presiden berjaya menguatkan lagi peranannya dalam BERSIH dengan ‘mengarahkan’ ahli-ahli PAS untuk menyertai perhimpunan haram itu. Sebelum ini juga Mat Sabu juga menjadi dalang dan hero dalam perhimpunan haram BERSIH.


Justeru, ramai pihak yang mahukan pihak berkuasa dan polis mengambil tindakan ke atas Mat Sabu atas usaha nekadnya untuk mahu meneruskan mengadakan perhimpunan haram itu. Inilah rupa sebenar kepimpinan PAS yang mahu melihat negara terus bergolak dan berada dalam keadaan huru hara bagi membawa negara berkebajikan seperti yang dilaungkan oleh Presiden PAS.

Tindakan Mat Sabu yang mengetuai perhimpunan haram ini secara langsung telah mencalar imej Islam di mata dunia dengan mengadakan perbuatan yang boleh mengancam keselamatan negara. Selayaknya, PAS itu menggugurkan nama Islam agar imej Islam akan terus terpelihara. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 5, 2011 at 8:12 AM

tangkap je lar kalau nak tangkap.isakan aje.yang pakai baju kuning ,pun isakan jer semua.kalau boleh semua penyokong pr sekali ko orang isakan. lepas tu kau haramkan pr.parti pembangkang kan menyemak aje kat malaysia ni. bolehlah umno buat duit banyak2 bagi kroni.kata demokrasi..penyangak, penyamun,perogol, ko orang lepaskanlah...baju kuning kan lebih bahaya dari dia orang..ada unsur komunislah katakan..kalau dia orang degil jugak, bako jer..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger