SIAPA DALANG DISEBALIK UMAT ISLAM BERPECAH DI MALAYSIA?



Persoalan ini telah dilontarkan Yang di-Pertuan Agong berikutan kebimbangan Tuanku terhadap apa yang sedang berlaku di Malaysia. Krisis perpecahan yang begitu ketara ketika ini tidak wajar dibiarkan secara berterusan.

Sewajarnya pihak yang terlibat harus segera mengambil iktibar dengan apa yang telah dibimbangi Tuanku dalam melihat keadaan rakyat Malaysia yang terlalu taksub dengan politik sehingga mengabaikan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Usaha perlu dibuat dan dipertingkatkan bagi mengembalikan semula perpaduan sesama Islam supaya tiada pihak berpeluang menangguk di air keruh dan menghancurkan perpaduan umat Islam.

Umat Islam perlu mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku di negara-negara Islam lain yang bertelagah sesama sendiri sehingga mengakibatkan rakyatnya menderita, negara tidak stabil kerana pertelingkahan yang berpanjangan.


Kerajaan pimpinan Perdana Menteri ketika ini telah berjaya melaksanakan pemerintahan dengan baik dan sentiasa mendahulukan rakyat. Pelbagai pendekatan dan kaedah yang digunakan Perdana Menteri dalam membawa kehidupan yang lebih baik terhadap rakyat. Namun begitu, usaha-usaha kerajaan ini sentiasa mendapat tentangan hebat daripada pembangkang. Tujuannya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

PAS yang sebelum ini sangat sinonim dengan Islam kini telah mula kabur ekoran perbuatannya yang banyak menyimpang dari segi amalan Islam sebenar. Kesanggupan Barisan Nasional untuk berbincang dengan PAS berhubung pembentukan Negara Islam Perpaduan telah mendapat tentangan hebat secara dalaman di peringkat PAS. Ini disebabkan suntikan jarum yang dibuat DAP dan PKR yang mahu menggagalkan usaha Negara Islam Perpaduan.

Bagaimanakah sekiranya politik Malaysia tidak mempunyai parti politik seperti PAS dan DAP? Pastinya aman dan tenteram. Namun, sukar juga kerana sebagai negara demokrasi, perlukan suara pembangkang yang berkaliber. Tapi, hari ini demokrasi Malaysia banyak dicemari tingkahlaku PAS dan DAP yang bertindak sebagai pembangkang yang membelakangkan rakyat. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

June 25, 2011 at 9:06 AM

Jawapan ialah orang melayu sendiri..jangan salahkan cina,India dan lain-lain..sejarah membuktikan kita sering berbalah sesama melayu sejak zaman kejatuhan melaka lagi..tak mustahil kejatuhan Bangsa Melayu di Malaysia akan berlaku..selagi penyakit melayu ni tak dibendung (dengki).

June 25, 2011 at 10:25 AM

betu saya sokong dengan ulasan saudara yusuflaili.jangan salahkan sesiapa...tengik diri sendiri dulu sebelum kita tengok org lain...kita sendiri perlu sedar siapa kita...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger