SABAH: DAP LEBIH BANYAK KOMPLEN DARIPADA BUAT KERJA




Adalah menjadi kelaziman bagi Pakatan Pembangkang di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang banyak buat komplen berbanding buat kerja. Itulah senario yang ramai rakyat Malaysia tidak tahu.

Mereka ini sebaliknya hanya gah apabila menjelang pilihan raya dengan banyak memutarbelitkan fakta sehingga menyebabkan ramai rakyat tertipu dengan mainan politik kotor mereka. 

Tindakan DAP yang mempersoalkan kelajuan internet yang perlahan di Kota Kinabalu seharusnya tidak berlaku. Ini kerana KPKK sentiasa memantau perkara ini dan berusaha untuk mengatasinya demi untuk kebaikan rakyat. Soal bahawa perkhidmatan talian internet yang perlahan bukan disebabkan masalah pembekalan sebaliknya atas faktor pertambahan penduduk.

Perkara ini tidak dinafikan kerana Kota Kinablu merupakan ibu negeri Sabah. Pastinya ramai di kalangan mereka yang tinggal di Kota Kinabalu merupakan penduduk yang datang berhijrah. Keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana juga berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Kuching. 

Terdahulu, menteri bertanggungjawab, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim menjelaskan KPKK sentiasa memahami dan memantau perkara ini. Namun, untuk mengatasinya bukannya mudah kerana ia perlu diselaraskan dan dinaiktaraf oleh syarikat yang bertanggungjawab. Keadaan ini bergantung juga kepada ekonomi syarikat tersebut memandangkan ekonomi sekarang tidak menentu dan memberi kesan kepada syarikat.

Justeru, dalam hal ini DAP tidak perlu menyalahkan menteri dan KPKK. Ini kerana KPKK sentiasa memantau dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berhubung talian internet. Untuk itu, adalah lebih baik DAP menyelesaikannya sendiri kerana selama ini mereka banyak memberi komplen berbanding menyelesaikan masalah. Malah komplen DAP lebih bersifat memfitnah dan berbohong bagi membuatkan rakyat mempercayainya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger