PAS ITU ANWAR, ANWAR ITU PAS DAN PKR



Kejayaan puak Erdogan menyapu bersih kedudukan dan jawatan tertinggi dalam PAS Pusat dan sekaligus mengetepikan golongan ulama dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Taman Melewar, Kuala Lumpur. Kemenangan golongan Erdogan dan kekalahan puak ulama sememangnya telah dijangka dan diketahui ramai pihak terlebih awal disebabkan pengaruh Anwar dalam kepimpinan PAS semakin berkembang.

Terdahulu penyadang Presiden PAS, Hadi Awang berjaya mengekalkan kerusinya tanpa sebarang pertandingan. Ini disebabkan pandangan dan hala tuju Hadi Awang ini tidak mengikut mana-mana pihak dan beliau rela untuk bersama dengan mana-mana pihak. Atas sebab itu, kedua-dua puak tidak mahu mencabar Hadi Awang untuk jawatan Presiden.

Manakala, Mohamad Sabu, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat tanpa diduga memenangi jawatan nombor dua dalam parti dengan merampas jawatan Timbalan Presiden daripada penyandang dua penggalnya, Nasharuddin Mat Isa. Mat Sabu memperoleh 420 undi menewaskan dua calon ulama iaitu Nasharudin yang memperoleh 224 dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 399 undi.

Jawatan Naib Presiden juga dikuasai bukan ulama apabila Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar diisytiharkan menang pada pertandingan enam penjuru. Husam Musa yang dihantui ddakwaan pemberian rasuah berjumlah RM350,000 sedikit pun tidak menggugat peluangnya untuk menang. Ini disebabkan percaturan ini telahpun dirangka dengan baik oleh Anwar Ibrahim.

Ini sekali gus memberi gambaran kepemimpinan Jawatankuasa PAS Pusat 2011-2013 menyaksikan penguasaan besar golongan berfikiran agak liberal dan dilihat pro pembangkang yang diberi jolokan kumpulan Erdogan.

Berdasarkan kepada percaturan kemenangan puak Erdogan ini, kepimpinan PAS Pusat 2011-2013 ini pastinya bertujuan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Suara dan perjuangan puak Erdogan ini sememangnya memfokuskan kemenangan pilihan raya umum bagi membolehkan Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri dan Presiden PAS menjadi Timbalan Perdana Menteri 2 seperti yang pernah dijanjikan Anwar sebelum ini.

Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abd Rahman jam 10.20 pagi semalam.

Kejutan yang membayangkan kehendak akar umbi, diterjemahkan menerusi undi perwakilan juga dapat dilihat menerusi keputusan barisan AJK PAS Pusat apabila mereka yang memperoleh undi paling banyak terdiri daripada kumpulan Erdogan dan penyokongnya.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 5, 2011 at 9:50 AM

Alhamdulillah. Tahniah kepada barisan “Dai’e Rijalullah”- pucuk pimpinan PAS yang baru!

Tahniah. Abang Mat Sabu - TP PAS = “Amirul Jihad PAS” @ "Panglima Jihad Gempur Firaun UMNO" yang baru.- TP PAS perlu tegas, istiqamah, gigih & agresif sebagai “dai’e ilallah” yang mesra rakyat, jangan lembab dan lembik lagi ....... terutama berdepan politik kotor, rasuah, jijik, lucah & ganas UMNO.

Lawan tetap lawan - Peperangan alam maya terhadap para penjilat tegar UMNO yang pelahat habuan "subsidi" dan “rasuah" duit panas Umno/BN. Lawan ahli munkar dan ahli fasik UMNO adalah jihad fisabilillah.

Jangan ada seorang pun dari pucuk pimpinan baru PAS selepas ini yang "belot" mengkhianati amanah rakyat dengan “U-turn” menjilat UMNO sekadar terpesona dengan tawaran manis "asobiyyah jahiliyyah UMNO" dan hajat duniawi peribadi!.

Kita semua – sama ada ulamak, professional, korporat, pegawai awam, pekerja swasta, hartawan, rakyat marhein - adalah “Dai’e/ Aktivis Islami” masakini hendaklah langsaikan "hutang" lama para pejuang terdahulu untuk lenyapkan kebongkakan & kedurjanaan UMNO dibumi Malaysia ini!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger