HARAM 2.0: PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DIBIAYAI NGO’s KRISTIAN?



Percaya atau tidak, Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 yang dianjurkan BERSIH 2.0 pada Julai ini sebenarnya dibiayai NGO’s yang mempunyai hubungan Kristian di luar negara. NGO’s luar negara ini berperanan sebagai penyumbang dana kewangan terbesar BERSIH 2.0 dengan menyalurkan bantuan kewangan melalui NGO tempatan. 

Antara NGO’s luar negara yang disyaki menyalurkan dana itu ialah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di sana, serta Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

Kedua-dua NGO tersebut kini dikesan berada di carta 'tiga teratas' selaku penyumbang berbanding beberapa lagi pertubuhan asing lain, yang mewakili sembilan negara berlainan.

Dipercayai, jumlah terkumpul dana kewangan asing yang dimiliki Bersih kini sudah mencecah jutaan ringgit dan ia bakal digunakan untuk membiayai operasi demonstrasi.

Maklumat yang diterima minggu lepas, sebanyak RM250,000 dari negara asing telah disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih. Sehingga kini, sebanyak 9 negara asing yang menjadi 'tangan ghaib' bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO.

BERSIH 2.0 juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain. Manakala, bagi Amerika Syarikat, Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dikenal pasti menaja Bersih dan parti-parti pembangkang di negara ini.

Semua ini membuktikan bahawa Bersih hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan demonstrasi haram. Di belakang mereka ada ejen asing.

Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersekongkol dengan negara asing bagi mencetuskan huru-hara

Rakyat juga diminta melayari laman web NDI, www.ndi.org yang didapati membiayai dan menaja  aktiviti BERSIH 2.0. Program NDI di Malaysia telah ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED).
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger