HARAM 2.0: PERANAN WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG HANYA CETUSKAN DEMONTRASI BUKANNYA BANTU RAKYAT





Seperti ‘bos’nya Anwar Ibrahim, koncu-koncunya yang juga ‘wakil rakyat’ pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 telah menggunakan gelaran ‘Yang Berhormat’ untuk melakukan apa saja walaupun bercanggah dengan peranan sebenar wakil rakyat. Menjadi kebiasaan wakil rakyat PKR, kontroversi merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka. Tanpa kontroversi, wakil rakyat PKR tiada maknanya.

Terkini, Anwar Ibrahim telah mengarahkan koncu-koncunya untuk melakukan tugasan mencabar dengan mengajak rakyat melakukan demontrasi dan seterunya merusuh. Dengan kekacauan ini, Anwar Ibrahim akan menggambarkan bahawa rakyat memberontak ke atas kerajaan yang sedia ada dan mahukan kerajaan yang baru.

Itulah yang sebenarnya dimahukan Anwar Ibrahim. Untuk itu, segala jentera politiknya seperti AMK, Wanita dan wakil-wakil rakyat serta pemimpin PAS dan DAP berjuang di jalanan bagi membakar semangat rakyat Malaysia. Umum mengetahui, rakyat Malaysia gemar kepada sesuatu yang menjadi tajuk utama seperti mana yang berlaku di Thailand.

Dalam menyekat Perhimpunan Haram 2.0 yang diusahakan S. Ambiga, polis telahpun menahan 14 orang termasuk wakil rakyat pembangkang dari PKR dan DAP di Sungai Siput kerana berkumpul dan mengagihkan baju-T dengan tulisan ‘BERSIH 2011’ serta risalah mengenai perhimpunan haram 9 Julai kepada orang ramai.


Wakil rakyat pembangkang dari DAP, ADUN Jalong Leong Mee Meng dan ADUN Teja dari PKR, Chang Lih Kang. Ternyata wakil rakyat pilihan rakyat di kedua-dua DUN itu tugas dan peranannya bukan menolong rakyat bahkan berusaha memusnahkan rakyat. Malah boleh dikatakan sanggup ‘membunuh’ rakyat di kawasan DUN itu sendiri dengan membenarkan penglibatan mereka dalam melanggar undang-undang.

Dalam tempoh 2 minggu ini, pemimpin dan wakil rakyat Pakatan Pembangkang sibuk dengan tugasannya membawa seberapa ramai rakyat untuk dijadikan korban pada Perhimpunan Haram 2.0. Mereka bukan sahaja mengajak rakyat membuat perkara yang melanggar undang-undang negara, tetapi menghantar rakyat kepada polis untuk dijadikan mangsa perhimpunan haram. Selepas selesai perhimpunan, mereka ini akan lepas tangan dan terpulanglah kepada rakyat itu sendiri menentukan untung nasibnya.

Sejarah dahulu telah membuktikannya dan kini terpulang kepada rakyat untuk menilainya kembali dengan apa yang telah berlaku pada demontrasi sebelumnya.  
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger