HARAM 2.0: PAKATAN PEMBANGKANG SUKA ANARKI TOLAK DEMOKRASI



Demokrasi atau Anarki? Pembangkang bertopengkan Demokrasi, tetapi sukakan Anarki.  Itulah sebabnya pembangkang menggunakan NGO’s untuk mengadakan dan menggerakkan Perhimpunan Haram itu.

Selain suka melihat kekacauan dan huru-hara, Pakatan Pembangkang sememangnya mahukan sistem Anarki supaya membolehkan mereka mudah menggalakkan demontrasi haram. Lihat sahaja negara-negara yang mengamalkan sistem anarki. Rakyatnya bukan sahaja memberontak setiap hari malah mereka tidak pernah hidup aman seperti mana negara yang mengamalkan demokrasi.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling menyatakan pembangkang kini terutama PKR dan PAS berada dalam keadaan dilema apabila sokongan daripada orang Melayu terhadap parti itu semakin berkurangan.


Mereka menimbulkan apa jua isu untuk membangkitkan rangkaian kekecohan di seluruh negara seterusnya mempengaruhi dan memanipulasi rakyat supaya bangkit membuat tunjuk perasaan dan menentang kezaliman.

Inilah sikap sebenar komunis, mereka sukakan huru-hara dan kacau bilau dan akan lakukan apa sahaja untuk melakukan kekecohan di seluruh negara.

Perhimpunan Haram itu bukan sahaja mahu mempersoalkan perjalanan pilihan raya, tetapi sebagai paltform untuk memain dan mengutarakan sesuatu isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

Manakala penganalisis politik, Mohd Roslan Mohd Saludin menjelaskan Perhimpunan Haram itu diadakan bagi mendapat simpati rakyat kepada Pakatan Pembangkang seterusnya menuntut perubahan bagi merealisasikan hasrat mereka untuk mentadbir negara ini.


Pastinya melalui Perhimpunan Haram ini, Pakatan Pembangkang akan mendapatkan populariti dan pengaruh mereka yang sebelum telah jatuh merudum. Dengan ini media cetak, media elektronik dan media baru akan memberikan tumpuan penuh ke atas apa yang mereka lakukan.


Perhimpunan Haram itu juga bertujuan menutup kelemahan sama ada dalam PKR yang dibayangi oleh kes salah laku moral Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS dengan slogan Negara Berkebajikan yang ditempelak masyarakat manakala DAP yang tenggelam punca ekoran rasisnya mereka dalam memperkudakan orang Melayu.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

June 22, 2011 at 3:16 PM

Seharusnya perhimpunan itu diharamkan..dan saya tak setuju dengan cadangan pemuda Umno untuk mengadakan perhimpunan serupa dihari yang sama bagi memantah bersih,bukannya apa bimbang pertembungan itu nanti lain jadinya..sebenarnya kita tak perlu ikut rentak pembangkang biar polis saja yang menghalang mereka.

Anonymous
June 23, 2011 at 10:29 PM

Jika penganjur tidak mahu mengendahkan gesaan pihak berkuasa supaya membatalkan perhimpunan haram tersebut, gunakan lah ISA sebab itu yang sesuai untuk orang yang tidak menghormati undang-undang, kata peguam tetapi tidak tahu undang-undang.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger