HARAM 2.0: NIK AZIZ RAMALKAN KERAJAAN JATUH SELEPAS PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0





Selepas MB Selangor, MB Kelantan, Nik Aziz yang merupakan sekutu Khalid Ibrahim juga merupakan antara Menteri Besar yang seharusnya meletak jawatan. Selain memberikan nilai dan tunjuk ajar yang bersifat negatif, ia juga bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagaimana dengan Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS dan pendukung kuat Islam? Berdasarkan kepada ilmu dan pengetahuan sememangnya tidak dinafikan Nik Aziz ni tinggi ilmunya, tetapi dari segi akhlak dan budi pekerti tersangatlah rendah. Perbuatan dan tindakan Nik Aziz yang melebihkan politik berbanding agama ternyata membuatkan rakyat berasa Nik Aziz ini tidak layak lagi menjadi pemimpin politik mahupun agama. Adalah lebih baik Nik Aziz duduk saja kat rumah dan bermain dengan cucu dan cicit.

Saban hari Nik Aziz sudah terkeluar daripada landasan perjuangan Islam yang sebenar. Mengenai kesibukan rakyat bercakap pasal Perhimpunan Haram BERSIH 2.0, Nik Aziz mengutuk tindakan polis menahan dan menangkap aktivis BERSIH 2.0 yang merancang menghuru-harakan negara dan mengancam keselamatan negara. 

Sebaliknya, Nik Aziz meramalkan kerajaan akan jatuh selepas Perhimpunan Haram BERSIH. Bahkan, Nik Aziz merupakan salah seorang pendukung dan penyokong kuat Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu.

Tindakan terbaru Nik Aziz ini telah mencemarkan golongan ulama yang sebelum ini dihormati rakyat termasuk pemimpin BN. Namun, sikap yang kurang ajar Nik Aziz ini telah menyebabkan rakyat Malaysia yang sebelum ini hormat kepada golongan ulama telah bersikap menjauhkan diri. Malah, lebih teruk lagi golongan ulama dalam PAS seumpama mereka yang dahagkan kontroversi. 

Nik Aziz perlu juga mengambil berat terhadap pandangan orang muda dan bukannya hanya ikut cakap Nik Aziz sahaja. Beberapa kontroversi Nik Aziz sebelum ini sebenarnya telah menyebabkan rakyat sudah mula terfikirkan karektar sebenar Nik Aziz dalam politik Malaysia. 

Dalam hal ini, adalah lebih baik Nik Aziz berdiam diri atau ‘pencen’ terus daripada politik sebelum dosa-dosa Nik Aziz akan bertambah atas sebab kontroversi yang tiada kesudahan. Nik Aziz juga diingatkan jangan cuba membuat atau mengeluarkan fatwa yang boleh menyesatkan orang-orang Islam yang kini telahpun sesat dek kerana kerakusan pemimpin PAS dan PKR yang telah memecahbelahkan orang Islam dan Melayu.
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

ANAK BUKIT HIJAU
June 29, 2011 at 6:48 PM

Salam.

Kerajaan mana, TGNA?

Kelantan, Kedah dan Selangor ?

Baik sungguh ramalan TGNA.

Anonymous
June 29, 2011 at 8:40 PM

DOA NIK AZIZ TAK MENJADI.. DOA SEMUA NAK JAHANAMKAN BN AKHIRNYA kiNG jUBUR YG TERKENA.. aLLAH TAK IZINKAN NIAT TAK BAIK..TU..mai kita tunggu kerajaan 1 malaysia akan jatuh atau al juburi akan dikapankan dari politik...

Anonymous
June 29, 2011 at 11:45 PM

Lebai meroyan ni ramal berdasarkan apa? Nak cuba buat macam Libya?Yamen?Yang bangang buat demo tu do dengar cakap kapir orang putih. Sekarang siapa yang menang. Sikapir juga yang tepok tangan. Kalau geng "Bershit" fikir mereka boleh buat kat sini lupakan aja.

Anonymous
July 8, 2011 at 10:32 PM

'Berdasarkan kepada ilmu dan pengetahuan sememangnya tidak dinafikan Nik Aziz ni tinggi ilmunya'

siapa kata?universiti mana dia lulus?ijazah apa dia ada?

belajar kat pondok tak ada exam, jadi semua boleh jadi tuan guru!

kalau semua university pun tak ada exam,semua pelajar boleh jadi proffessor dah!

Anonymous
July 13, 2011 at 3:03 PM

nik aziz sebenarnya ular dalam semak(ulama)..nama jer islam tapi hampessss..dah tua tu buat lah dah tua..tak payah nak sibuk2...konon pergi UMRAH katanya..ntah2 g menyorok..wahai tuan guru nik aziz yang hebat g lah taubat nasuha sebelum ajal sama..kami nak buat solat hajat agar nik aziz bisu,pekak,buta,...bodoh nik aziz nie...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger