HARAM 2.0: KHALID IBRAHIM MB SELANGOR PALING PENGECUT




Dahulunya, polis telah mengesyorkan kepada BERSIH 2.0 untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Shah Alam. Ini adalah alternatif terbaik bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingi berlaku di Kuala Lumpur seperti mana cadangan tempat penganjurannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tidak bersetuju sebaliknya menyatakan bahawa berhimpun di stadium tidak memberikan suasa seperti perhimpunan dan tidak ada umph... 

Tetapi, kini MB Selangor itu yang sebelum ini mengajak semua rakyat Selangor menyertai Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 ini menyatakan bahawa dirinya tidak akan hadir. Tindakan Khalid Ibrahim ini dilihat sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan sengaja menyeru rakyat kepada kemusnahan dan perpecahan. 

Difahamkan Khalid Ibrahim tidak akan menyertai Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu atas sebab takut ditangkap pihak berkuasa kerana menyertai perhimpunan haram. 

Berdasarkan tindakan Khalid Ibrahim yang sanggup memperjudikan nasib rakyat negeri ini apabila mendakwa ia bukanlah satu perhimpunan haram dan tidak ada sesiapa akan ditangkap pihak berkuasa bagi merayu kehadiran rakyat pada perhimpunan itu.

 
Alasannya bahawa menyertai Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu akan mengetepikan tugasan sebagai pemimpin negeri hanya untuk menyertai perhimpunan tersebut. Sekiranya sebelum ini beliau berani mengajak rakyat menyertai perhimpunan itu dan mengapa pula tidak ‘join’ sekali hanya kerana takut ditangkap.  

Khusus kepada rakyat Selangor ataupun penduduk yang tinggal di Selangor, arahan atau ajakan Khalid Ibrahim itu adalah bersifat membawa kemusnahan rakyat. Pemimpin seperti ini sewajarnya dibuang jauh ke tengah laut supaya tidak lagi menghasut rakyat melakukan kesalahan dan melanggari undang-undang sedangkan Khalid Ibrahim sendiri terlepas.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

June 28, 2011 at 3:20 PM

Sebagai pemimpin yang berani dialah sepatutnya mengetuai perhimpunan tersebut (barisan depan).

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger