HARAM 2.0: KAITAN KOMUNIS DENGAN BERSIH 2.0



 
Dahulunya komunis bergerak di dalam hutan yang berbekalkan dengan senapang dan senjata lain. Tetapi, kini komunis bergerak melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) seperti BERSIH 2.0 dan didalangi parti politik Pakatan Pembangkang. Apakah maksud semuanya ini?

BERSIH 2.0 berniat untuk menjadikan Malaysia seperti Mesir, Libya dan beberapa negara lain di Asia Barat. Bagaimanapun, dengan sokongan terhadap perjuangan songsang ini tidak diminati dan digemari rakyat Malaysia, BERSIH 2.0 telah bekerjsama dengan parti politik Pakatan Pembangkang untuk turut serta. Oleh itu, PAS dan PKR telah menjadi rakan penyumbang yang ramai untuk menyertai Perhimpunan Haram BERSIH 2.0. Manakala, mastermindnya adalah Anwar ibrahim dan dibantu oleh DAP.

Penglibatan komunis dalam Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 perlu dilihat sebagai ancaman yang sangat merbahaya dan perlu ditangani dengan bijaksana. Penggunaan ISA dilihat sangat bersesuian andai kiranya komunis benar-benar telah meresapi dalam Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 ini. 

Kedaaan ini cukup membimbangkang keselamatan negara dan boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan rampasan kuasa. Melihat kepada Perhimpunan Haram BERSIH 1.0 sebelum ini, nescaya Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 kali ini akan menjadi lebih buruk lagi. 

Ini kerana, gerakan tersebut yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan bersekongkol dengan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan.


Ini telah diperkuatkan lagi dengan penahanan sekumpulan 29 ahli PSM bersama seorang lelaki Filipina, Romeo Castillo, 59, dan seorang warga Korea, Min Young Song, 24, ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi di Ledang, Johor, Sabtu lalu.

Siasatan mendapati kedua-dua warga asing itu memasuki negara ini atas pembiayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing, yang berpangkalan di luar negara bagi memastikan Malaysia huru-hara.

Berkemungkinan Castillo ini mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat negara itu melalui gerakan bersenjata sehingga disenarai sebagai gerakan pengganas.

Dalam pada itu, siasatan juga mendapati Young Song ini pula yang memasuki Malaysia sejak 19 Mac lalu merupakan ahli pertubuhan 18 Mei, di Korea, dan dia hadir atas tajaan National Democratic Institute (NDI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Jelas bahawa Bersih sebenarnya terlalu kotor, mereka bukan lagi berjuang untuk sistem pilihan raya yang adil tetapi sebenarnya bertujuan untuk memusnahkan keamanan negara

National Democratic Institute adalah salah sebuah organisasi di bawah National Endowment of Democrasy (NED) yang dinaungi bekas Setiausaha Negara AS, Madeline Albright, iaitu sekutu Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika zaman reformasi.

Manakala, semalam 31 penyokong Bersih yang diketuai pemimpin PSM, Dr. Jeyakumar Devaraj ditahan dan polis menemui baju T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’.

Jsuteru, Kementerian Dalam Negeri diminta mengambil tindakan tegas dan segera dalam menangani tindakan ini. Jangan sesekali memberi muka dan perlunya mengenakan tindakan ke atas mereka yang terlibat agar memberi pengajaran kepada mereka yang lain. 

Sesiapa yang didapati bersalah tangkap saja dan sumbat dalam penjara. Jangan bagi keluar, kerana mereka ini negara menjadi kucar-kacir. Begitu juga Anwar Ibrahim dan Ambiga ini perlu ditahan bawah ISA kerana menganjur dan merancang Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 yang sememangnya mengancam keselamatan negara.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

June 28, 2011 at 3:34 PM

Sebenarnya lama dah komunis..menukar taktik menyebar fahaman mereka di bandar ni..bila taktik perang garila gagal 60thn lepas..Cuma kita yang tak sedar gerakan mereka sekarang ni.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger