HARAM 2.0: BERSIH BERTINDAK DENGAN MEMBELAKANGI SUARA RAKYAT




Tiada dalam sejarah negara, laporan polis yang dibuat di pejabat-pejabat polis seluruh negara melebihi angka 8++ ke atas. Apakah dengan angka 8++ ini yang dibuat rakyat dan NGO’s merupakan suara rakyat? Jawapannya tentu sekali Ya.

Bagaimanapun, kedegilan BERSIH yang tetap mahu mengadakan Perhimpunan Haram itu atas arahan Anwar Ibrahim membuktikan mereka ini membelakangkan suara rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian.

Atas kepentingan politik dan agenda yang mahu meruntuhkan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan menjadikan Malaysia seperti negara-negara di Asia Barat yang mengalami kejatuhan kerajaan hingga menyebabkan ramai rakyatnya hidup dalam keadaan ketakutan dan lari ke negara jiran. Apakah rakyat Malaysia mahu seperti itu, seperti rakyat Mesir, Tunisia, Syria dan beberapa negara lain yang masih dalam kancah pergolakan. Semua ini disebabkan oleh perhimpunan haram yang telah mencetuskan huru-hara.

Pilihan Raya Umum Ke-12, Pakatan Pembangkang telah berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen dan menawan 3 negeri dan mengekalkan 1 negeri di bawah kekuasaannya. Apakah dengan kemenangan ini masih juga menuduh SPR tidak mengamalkan susun cara pilihan raya yang adil?

Umum mengetahui BERSIH ini ditubuhkan berlandaskan ke atas 8 perkara berhubung pilihan raya. Pastinya sasaran ini bertumpu kepada SPR, suruhanjaya yang bertanggungjawab di Malaysia. SPR dalam kenyataannya, sedia untuk mendengar 8 perkara yang menjadi tuntutan BERSIH dalam keadaan aman dengan mengadakan rundingan secara meja bulat dan bersemuka.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR bersedia mengadakan pertemuan dengan kumpulan itu dengan syarat perhimpunan haram itu tidak diadakan.


"Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai "rubber stamp" atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

"Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," katanya.

Jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.

"Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu.

"Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama," katanya.

Sebelum ini, SPR telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasandan dan ahli-ahlinya pada penghu hujung tahun lalu dan mereka menerima dengan baik penjelasan SPR berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan. Tetapi, kenapa kini mereka masih memainkan isu yang sama walaupun telah dipersetujui sebelum ini. Apakah ada agenda tersembunyi yang lain dalam mengadakan Perhimpunan Haram itu?


Yang pasti, sekiranya Perhimpunan Haram itu diadakan bermakna mereka telah membelakangkan suara-suara rakyat. Masih belum terlambat sekiranya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu berkrompomi dengan SPR yang menyelesaikan perkara-perkara yang menjadi duri dalam daging bagi mereka.

Perhimpunan Haram bukan sahaja merugikan rakyat, tetapi juga boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang tidak aman serta boleh menjejaskan ekonomi merudum. Semua kesan negatif ini memberikan impak dalam jangka panjang kepada negara.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

June 21, 2011 at 10:23 PM

Dah sah ini memang kerja pembangkan.apa nak diragukan lagi,Anuar pun dah tampil kedepan tentang isu ini memang dialah taikong bersih tu..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger