HARAM 2.0: BERSIH 2.0 PECAHKAN PERPADUAN MELAYU DAN HANCURKAN NEGARA



Perhimpunan BERSIH 2.0 pastinya akan menjadi medan perpecahan sesama orang Melayu dalam sejarah terbesar negara. Menariknya, penganjurnya S. Ambiga yang merupakan seorang India beragama Hindu nekad dengan keputusannya untuk meneruskan perhimpunan haram itu.

Tindakan S. Ambiga itu tidak dipersetujui Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan yang juga seorang India kerana yakin semua kaum dan agama di dunia ini tidak mahukan perpecahan dan pergaduhan. Keputusan nekad S. Ambiga itu ditentang sekeras-kerasnya kerana sebagai seorang penganut Hindu, tidak ada dalam agama itu menyuruh penganutnya berpecah belah. 

Di sebalik perhimpunan haram itu, gelombang perpecahan orang Melayu dinaungi Anwar Ibrahim. Sebagai memenuhi cita-citanya, Anwar Ibrahim sanggup memperjudikan nasib orang Melayu bagi merealisasikan impian politiknya menjadi Perdana Menteri. 

Fakta sejarah yang telah membuktikan bahawa di mana-mana negara sekalipun, apabila kaum majoritinya bergaduh antara satu sama lain, ia akan menjadi titik permulaan kepada kehancuran sesebuah negara.

Ahli Pas, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pergerakan Pemuda UMNO majoritinya orang Melayu, ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga ramai Melayu.

Selain penyokong Bersih, turut dijadualkan berhimpun di ibu negara pada hari berkenaan ialah ahli Perkasa bagi menunjukkan protes kepada perhimpunan itu, selain ahli Pemuda UMNO yang mahu menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perhimpunan haram itu tidak menolak kemungkinan apabila perpecahan orang Melayu semakin kritikal, ia akan mendorong kepada perpecahan antara kaum lain.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

June 28, 2011 at 4:11 PM

Org melayu memang senang dipecah belahkan buktinya sewaktu Portugis menyerang Melaka 1415.lepas tu silih berganti bangsa asing membelah org melayu hingga ke hari ini jadi Apa nak dihairankan andainya S.Ambiga berjaya menarik org melayu supaya berpecah belah...

Anonymous
June 29, 2011 at 10:22 AM

wahai org melayu.....sedarlah bahwa anda telah dipergunakan olh mereka2 yang berkepentingan politik tamak....ingatlah dan renungilah akan peristiwa 13 mei yang menjadi iktibar dan pedoman kepada bangsa melayu.......

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger