HARAM 2.0: ANWAR MASTERMIND BUKANNYA S. AMBIGA




Anwar tidak layak arah Ambiga hentikan Bersih

KUALA LUMPUR 20 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk mengarahkan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga menghentikan perhimpunan itu.

Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P. Jenapala berkata, Ambiga bukannya 'boneka' Anwar untuk menerima arahan sedemikian kerana perhimpunan haram itu dirancang oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya parti politik.

Sebagai NGO yang bebas, katanya, Ambiga tidak seharusnya mendengar kata Anwar kerana ia hanya akan membuktikan beliau ialah 'pak turut' Anwar.

''Bagi saya, Anwar tidak setanding dengan Ambiga kerana apa yang dikatakan oleh Pengerusi Bersih itu sudah pasti akan dilaksanakan, tidak seperti Ketua Pembangkang itu yang hanya tahu menabur janji kosong," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar semalam yang mendakwa akan mengarahkan Ambiga membatalkan serta-merta perhimpunan haram Bersih sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) secara telus.

Jenapala dalam pada itu berkata, Anwar juga seharusnya mencermin dirinya sebelum mahu menghentikan perhimpunan Bersih itu.

Katanya, ini kerana pemilihan PKR baru-baru ini juga tidak mampu dibersihkan oleh Ketua Pembangkang tersebut – Utusan Malaysia.

Tiada perkara yang tidak boleh dilakukan Anwar Ibrahim dalam dunia ini kerana dirinya dianggap orang yang paling berkuasa dan dilindungi PAS dan DAP. Sebagai pemimpin Anugerah Tuhan yang bertopengkan manusia, tiada siapa yang dapat menghalangnya, malah Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, Hadi Awang dan pemimpin pembangkang lain semuanya di dalam genggaman Anwar. Setakat S. Ambiga itu adalah perkara kecil kerana selain boneka, S. Ambiga juga sebagai bayangan Anwar yang sebenarnya orang paling berkuasa dalam mengarah dan mengatur strategi Perhimpunan Haram itu.

Percayalah bahawa Perhimpunan Haram itu yang kononnya untuk meminta SPR melayani tuntutan BERSIH dalam pilihan raya adalah sebagai gambaran luaran sahaja. Sebaliknya, tindakan itu diadakan adalah bertujuan untuk menghalang kes liwat Anwar Ibrahim yang akan diketahui hukumannya dalam tempoh itu. Dengan adanya Perhimpunan Haram ini akan membuatkan pemimpin kerajaan dan rakyat menumpukan usaha untuk memberhentikan Perhimpunan Haram itu. Ini sekaligus berjaya mengalihkan tumpuan kes liwat Anwar kepada Perhimpunan Haram.

Sebelum sebarang komen, fikirkanlah kenapa Perhimpunan Haram itu perlu diadakan sedangkan BERSIH sudahpun berjumpa dengan SPR berhubung tuntutan mereka pada penghujung tahun 2010. SPR juga sekali lagi mengajak BERSIH untuk berbincang dan berunding mengenai tuntutan ini dengan syarat menghentikan Perhimpunan Haram. Implikasi Perhimpunan Haram itu pasti akan membuatkan banyak pihak akan terjejas sama ada dari segi perniagaan, pendapatan, kesejahteraan dan sebagainya.

Jawapannya Anwar Ibrahim boleh mengarahkan S. Ambiga untuk menghentikan Perhimpunan Haram itu hanya dengan sekali jentik sahaja
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

June 21, 2011 at 4:21 PM

Salam bro. Wayang je tu antara Al Jub dengan Ambiga.

June 21, 2011 at 9:56 PM

Biasalah tu,dah jadi kebiasaan bagi orng2 terdesak,hanya kita yang perlu menilai dengan mata hati kita sendiri..yang lain serah pada tuhan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger