HARAM 2.0: 790 LAPORAN POLIS TERHADAP BUKTI RAKYAT MENOLAK PERHIMPUNAN HARAM



Keengganan NGO’s menghentikan Perhimpunan Haram yang dijadualkan Julai ini telah mencetuskan bantahan daripada orang ramai terutama golongan peniaga yang bimbang ia akan menjejaskan perniagaan mereka.

Ramai rakyat yang menyatakan kekhuatiran mereka di atas kesan Perhimpunan Haram 2.0 itu seperti mana kesan Perhimpunan Haram terdahulu. Malah, Perhimpunan Haram kali ini dijangka akan memberikan kesan yang pasti lebih buruk. Untuk itu, rakyat dan beberapa organisasi telah membantah dan menggesa kerajaan menghalang Perhimpunan Haram itu diadakan.

Alwi Wardi, 28, berkata perhimpunan haram itu perlu dihentikan kerana ia hanya akan menganggu ketenteraman ekonomi negara.

Demontrasi Haram yang dihadiri ramai orang pastinya akan menyebabkan banyak jalan yang terpaksa ditutup dan menghalang orang ramai datang ke premis perniagaannya.

Noryanti Sharif Nukti, 25, pula menyifatkan Perhimpunan Haram itu sebagai tida berfaedah sama sekali. Keadaan tegang dengan ramai rakyat yang hanya sekadar melintasi kedai dan bertindak kurang ajar. Kesempatan itu membuatkan peserta Perhimpunan Haram mengambil kesempatan dengan mencuri dan merosakkan barangan keperluan peribadi.

Sementara itu, Alwiyah Abdul Kadir percaya banyak masalah yang akan timbul sekiranya Perhimpunan Haram itu tetap juga diadakan.

Pengerusi penganjur sepatutnya alert dengan masalah rakyat untuk tidak mengadakan Perhimpunan Haram yang hanya akan menjejaskan imej dan ekonomi negara.

Bagi Pakatan Pembangkang, mereka seharusnya setuju bahawa tindakan mengadakan Perhimpunan Haram itu banyak memberi kesan buruk berbanding sebaliknya. Mana dia slogan Negara Berkebajikan yang dikemukakan PAS dalam muktamarnya. Soalnya apakah NGO’s dan parti politik Pakatan Pembangkang akan menghentikan Perhimpunan Haram?
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

June 22, 2011 at 6:35 PM

YELAH KALAU IA BOLEH MENDATANGKAN BYK KEBURUKAN BAIK HARAM KAN SAJA AKTIVITI MCM NI.....http://mykampong-hasdin.blogspot.com/

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger