BERSIH 2.0: KATA-KATA ANWAR LEBIH BERHARGA BERBANDING S. AMBIGA



Kuda Tunggangan Anwar Ibrahim

Hanya jaminan dan arahan daripada Anwar Ibrahim sahaja yang boleh ‘membatalkan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0’ yang dijadualkan akan diadakan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.

Itulah kata-kata keramat Anwar kepada kerajaan sekiranya Perdana Menteri memberi jaminan bahawa pilihan raya umum (PRU) akan dijalankan secara bersih dan adil.

Menurut Anwar, beliau sanggup meminta Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga membatalkan hasrat itu ”esok juga” jika Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan jaminan tersebut.

Anwar menegaskan dengan melayari tuntutan BERSIH dan atas desakannya, maka Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu boleh dibatalkan dengan segera.

Ketegasan ini membuktikan bahawa Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 yang dinaungi beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) sebenarnya didalangi parti-parti Pakatan Pembangkang. Semestinya, tuntutan BERSIH ini bertujuan mahu mengukuhkan matlamat mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dan seterusnya memenangi hasrat ke Putrajaya.

Kenyataan Anwar terhadap Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 yang kini telah menerima lebih 500 laporan polis di seluruh negara membuktikan dirinya merupakan dalang dan orang yang bertanggungjawab dalam mengadakan perhimpunan haram itu.  

Berdasarkan kepada kesemua tuntutan BERSIH yang dikemukakan kepada kerajaan khususnya SPR, kesemua telah dan sedang dilaksanakan secara berperingkat. Manakan tidak, Pakatan Pembangkang dapat menawan 4 negeri dan mengekalkan Kelantan serta menambah bilangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Apakah sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya memenangi PRU-13, baharulah pilihan raya itu BERSIH?

Menjadi pegangan Pakatan Pembangkang akan mempergunakan apa saja cara termasuk NGO’s untuk merealisasikan hasratnya untuk menawan Malaysia dalam keadaan kotor seperti mana Israel merampas Baitulmaqdis dan Tebing Barat.  

Anwar boleh diibaratkan seperti Perdana Menteri Israel yang cuba menawan Palestin atas dasar ‘demokrasi’.

Share this article :
 

+ comments + 5 comments

June 20, 2011 at 11:01 AM

Salam perkenalan Wira Kenyalang!

Saya berkongsi pandangan dengan Wira tentang semua perkara yang dibangkitkan. Undang-undang tetap undang-undang! The law is still the law! Anwar patut tahu itu. Ambiga yang katanya seorang peguam takkan tak faham? Siapa sebenarnya lawyer Ambiga ni? Dan apa tujuannya menjaguhi tunjuk perasaan di jalanraya untuk mendapatkan 'fair and clean elections' di Malaysia yang sistem pilihanrayanya sudah sedia adil dan bersih dengan kemenangan pembangkang di lima negeri??

Saya teringat gambar Ambiga yang mendapat audience dengan Hilary Clinton di Amerika tidak lama dulu.

Siapa Anwar nak bagi katadua kepada Perdana Menteri dan kepada Kerajaan yang memerintah - lebih-lebih lagi kalau dia yang menjadi punca kepada semua kekecohan yang berlaku??? Anwar adalah hantu raya yang mencetuskan penyakit dan kemudian menawarkan diri untuk menjadi pawang mengubatinya.

We have to look at the 'bigger picture'... Kita kena sedarkan rakyat bahawa ada yang ingin menjadikan kita bidak dalam permainan catur politik kuasa asing yang lebih halus dan licik perkiraannya. Kita kena pastikan negara kita tidak menjadi boneka kepada mana-mana kuasa luar - atau yang menjadi agen mereka di dalam negara. Di negara kita sendiri,kitalah Tuan...mengapa pula orang lain yang berkuasa!

Selamat berjuang Wira Kenyalang! Sama-sama kita mempertahankan kedaulatan negara Malaysia kita yang tercinta!

June 20, 2011 at 12:22 PM

Tak perlu kita terlalu memikirkan pekara ni,adat pertandingan masing2 nak menang,bermacam cara digunakan asalkan dapat simpati rakyat.. yang pasti kesudahannya yang kalah rebah tersungkur terkapai-kapai untuk bangkit kembali dan yang menang pulak bersorak seakan sehingga tak tersedar kampung tergadai...

June 20, 2011 at 2:24 PM

Semakin hari semakin susah untuk kita mencari warganegara yang betul-betul setia dan sanggup mempertahankan negara. Saya hairan encik Yusof merasakan perkara ini remeh dan tak perlu difikirkan sangat.

Sebab kita tak nak kampung tergadailah,maka kita WAJIB memandang perkara ini serius sebaik saja tanda-tandanya mula kelihatan. Masalahnya orang kita selalu lambat bertindak, tunggu dan lihat dulu, sikap 'tidak ape', dan 'itu bukan masalah kita'. Bila nasi dah jadi bubur, barulah nak meraung menangiskan nasib.

Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat? Dalam banyak hal, perkara yang kecil itulah akhirnya menjadi perkara pokok.Kita tak boleh pandang enteng faktor Ambiga yang boleh mendatangkan kesan yang buruk sekiranya ia tidak cepat ditangani.

Kalau kita sama kita bergaduh takpe, masih lagi dalam keluarga. Tapi yang kita takuti ialah kehadiran pihak ketiga yang menggunakan Ambiga sebagai kuda tunggangan mereka. Kita percaya memang ada pihak lain dibelakangnya, kerana cakap Anwar pun Ambiga tak dengar. Ambiga kata rakyat Malaysia bukan hak Anwar. Adakah Ambiga fikir rakyat Malaysia ini hak dia pula?

Saya rakyat Malaysia dan saya pun ada hak bersuara. Saya ambil berat tentang negara saya. Saya tak ingat bila masa saya melantik Ambiga atau Anwar mewakili suara atau pendapat saya. Saya tak setuju dengan tindakan Bersih dan kalau encik Yusof rakyat Malaysia yang setia dan menghargai keselamatan negara, encik Yusof pun patut sama-sama ambil berat mengenainya.

June 20, 2011 at 3:00 PM

dalam keadaan begini , mcm2 boleh jadi . . . . .http://mykampong-hasdin.blogspot.com/2011/06/handmade-motorcycles.html

Anonymous
June 30, 2011 at 10:57 PM

saya dapat bayangkan kalau pihak pembankang menang pilihan raya..umno akan jadi bahan sejarah dan parti2 baru akan wujud menjadi pembankang..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger