BENTUK KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG DI PUSAT UNTUK DAPAT DAKWA TAIB




Dalam usaha mempercepatkan pengunduran Pehin Sri Taib Mahmud daripada jawatan Ketua Menteri Sarawak, PKR Sarawak cuba meracuni pemikiran rakyat Sarawak bahawa siasatan SPRM ke atas Taib hanya sebagai prosedur biasa bagi merendahkan kredibiliti SPRM. Walaupun disiasat SPRM, nescaya SPRM tidak akan mendakwa Taib selagi BN menguasai Kerajaan Pusat.

Sebaliknya, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian percaya bahawa Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak akan didakwa selagi BN menguasai Kerajaan Pusat. Siasatan SPRM itu tidak akan sampai ke mana dan hanya di atas kertas sahaja.

Dalam menyakinkan rakyat Sarawak, Baru Bian menegaskan bahawa:
"Dia (Taib) akan didakwa atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa hanya apabila Pakatan Pembangkang membentuk kerajaan pusat selepas Pilihan Raya Umum akan datang”.

“Ketika ini adalah sukar untuk mendakwa Taib selagi BN terus memegang kuasa di peringkat pusat disebabkan mereka terhutang budi kepadanya”.

Sekiranya rakyat Sarawak mahu melihat Taib Mahmud didakwa adalah penting Pakatan Pembangkang memerintah Kerajaan Pusat. Kenyataan itu merujuk kepada pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ia sedang menyiasat laporan yang dibuat terhadap Taib.

Oleh itu, Baru Bian menyeru rakyat Sarawak supaya memberi sokongan kepada PKR, DAP dan PAS dalam Pilihan Raya Umum akan datang, jika mereka mahu lihat Taib didakwa di mahkamah.

Permainan terbaru PKR ini bertujuan menguatkan lagi dakwaan bahawa tindakan SPRM itu hanya sebagai melengkapkan prosedur siasatan dan hasilnya telah dijangka akan menyebelahi Taib.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger