PAS SARAWAK MELENTING DENGAN KENYATAAN DAUD



Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) YB Datuk Daud Abdul Rahman sebelum ini telah membuat kenyataan berhubung terdapat sebilangan guru-guru agama yang berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang membawa budaya dan pemikiran negatif ke Sarawak

Susulan daripada nasihat Daud itu, Pengerusi PAS Sarawak, Adam Ahid melenting dan mengutuk kenyataan itu sebagai tidak wajar.


Terdahulu, Daud mengingatkan guru-guru agama supaya tidak membawa budaya dan anasir negatif terhadap kerajaan yang disebarkan dari Semenanjung Malaysia dikhuatiri menjejaskan perpaduan kaum di Sarawak.

“Kita di Sarawak serba salah kerana kita mempunyai masalah kekurangan guru, walaupun demikian memang kita mengakui ada segelintir guru dari Semenanjung Malaysia terutamanya dari Kelantan datang ke sini membawa budaya dan cara pemikiran terhad dan tertutup ke sini,” katanya.

Majlis Islam Sarawak (MIS) sentiasa memantau kes-kes penyelewengan budaya tidak sihat di sekolah-sekolah untuk mencegah perkara itu berlaku.

“Jika kita dapati ada guru agama dari Semenanjung Malaysia berkelakuan demikian, mereka boleh diambil tindakan dengan menghantar mereka pulang.
“Jadi orang ramai yang dapat statistik (bukti) yang mengatakan mereka (guru agama) ini benar-benar berkelakuan demikian harus memaklumkan kepada kami supaya dapat dibawa ke pihak Jabatan Pelajaran untuk diambil tindakan,” tegasnya.
“Kita tidak cukup guru agama jadi kita terpaksa meminjam guru agama dari Semenanjung Malaysia untuk memenuhi kekosongan itu,” ujarnya.
Kenyataan Daud itu ada kebenarannya kerana kebanyakan guru-guru agama dari Pantai Timur Semenanjung ditempatkan di kawasan luar bandar. Mereka ini bukan sahaja berperanan dalam mendidik bahkan giat memberikan ceramah atau tazkirah kepada jemaah di surau dan masjid yang berunsurkan politik. Mereka ini mengambil pendekatan membenci kerajaan dan menjadikan PAS sebagai contoh kepada politik yang suci dan bersih.

Demikian juga semasa Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu yang lepas apabila sebahagian guru-guru dari Pantai Timur Semananjung Malaysia turut sama berhimpun dan menyertai sesi penamaan calon DAP, Wong Ho Leng. Mereka ini sekiranya ditanya, datang ke Sarawak buat apa, jawapan yang sangat sinonim ialah berniaga kain. Tetapi, hakikatnya mereka ini merupakan guru-guru dari Semenanjung khususnya yang mengajar agama.

Oleh yang demikian, sebelum Pengerusi PAS Sarawak melenting adalah lebih baik menyelidik terlebih dahulu akan kebenaran sesuatu perkara. Seseorang tidak akan bercakap dan mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya sekiranya tiada bukti dan fakta yang sahih. Berbeza dengan pembangkang yang sentiasa menghentam walaupun hakikatnya perbuatan itu tidak dilakukan sama sekali. Perbuatan seperti itu diibaratkan sebagai memfitnah. 

Sekiranya tidak percaya, tanyalah kepada guru-guru agama dari Pantai Timur yang datang ke Sarawak. Datang ke Sarawak hendak mengajar atau hendak menyebarkan fahaman politik?
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

May 30, 2011 at 11:36 AM

Biasalah politik,kitapun tak tahu mana yang betul mana yang salah,nak kata itu yang betul ini yang salah takut berdosa pulak..Bagi saya siapa yang memerintah itulah yang diikut..cakap banyak tak guna...nanti senairi yang susah..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger