GAGAL BENTUK KERAJAAN, PAKATAN PEMBANGKANG TUBUH KABINET BAYANGAN




Ketika pengumuman angkat sumpah menteri-menteri Kabinet Sarawak yang terdri daripada Menteri dan Menteri Muda, Pakatan Pembangkang juga membentuk Kabinet Bayangan yang akan memperlihatkan keinginan yang tinggi untuk mereka memerintah Sarawak bagi tempoh 5 tahun akan datang.

Setelah gagal membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 yang lepas, Pakatan Pembangkang yang sebulat suara telah bersetuju membentuk ‘Kabinet Bayangan’ yang bertujuan untuk memantau prestasi menteri dan menteri muda.

Selain memantau, Kabinet Bayangan ini juga akan terus mendesak Kerajaan Negeri Sarawak dalam memenuhi tuntutan Pakatan Pembangkang khususnya dalam pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus.

Berbeza dengan Kebinet Sarawak yang kebanyakannya menteri dan menteri muda masih disandang oleh penyandangnya dan dijangka akan dirombak pada Jun 2011 nanti. Bagaimanapun, Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang turut menambah beberapa ‘portfolio’ seperti yang terkandung dalam kabinet pusat antaranya tadbir urus baik, hal ehwal Tanah Adat, hal ehwal wanita, perpaduan negara dan hal ehwal pengguna.

Dalam kenyataan akhbarnya, Pakatan Pembangkang yang diketuai Wong Ho Leng menjelaskan Kabinet Bayangan mereka itu dianggotai 15 anggota Pakatan Pembangkang yang menang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak yang lepas dan seorang lagi bukan wakil rakyat yang juga anggota PAS yang tewas di DUN Sebuyau, Adam Ahmad.

Bersama itu juga Pakatan Pembangkang sebulat suara melantik Wong Ho Leng sebagai Ketua Pembangkang di DUN Sarawak. Keputusan itu adalah mjktamad dan diambil kira berdasarkan kemenangan besar DAP berbanding PKR dan PAS.

Desas-desus yang menyatakan Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang ternyata meleset sama sekali walaupun beliau merupakan calon popular untuk memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak sekiranya Pakatan Pembangkang menang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.

Selain memegang jawatan Ketua Pembangkang, Wong Ho Leng juga memegang jawatan sebagai ‘Menteri’ Sumber Asli dan Tadbir Urus Baik manakala calon popular, Baru Bian dilantik sebagai ‘Menteri’ Pembangunan Tanah dan Hal Ehwal NCR. Seperti diduga, tugas memegang jawatan sebagai ‘Menteri’ Kewangan disandang Chong Chieng Jen.

Berikut adalah senarai beberapa lagi ‘Menteri’ dalam Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang.

‘Menteri’ Kerajaan Tempatan: Ling Sie Kiong dari DAP

‘Menteri’ Pelancongan, Warisan dan Alam Sekitar: See Chee How dari PKR

‘Menteri” Pembangunan Luar Bandar: Chew Chiu Sing dari DAP

‘Menteri’ Pembangunan Perindustrian: Yap Hoi Liong dari DAP

‘Menteri’ Kesihatan Awam: Dr Wong Hua Seh dari DAP

‘Menteri’ Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Wanita: Violet Yong Wui Wui dari DAP

‘Menteri’ Kemudahan Awam” Wong King Wei dari DAP

‘Menteri’ Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi: Chew Wang See dari DAP

‘Menteri’ Pertanian: Ting Tze Fui dari DAP

‘Menteri’ Perumahan dan Pembangunan Bandar: Fong Pau Teck dari DAP

‘Menteri Hal Ehwal Pengguna: David Wong Kee Woan dari DAP

‘Menteri Hal Ehwal Agama Islam dan Perpaduan Negara: Ali Biju dari PKR/ Adam Ahid

Dalam menyaksikan relevannya Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang ini, setiap ‘menteri’ yang dilantik dan dipertanggungjawabkan harus mengemukakan laporan berdasarkan portfolio masing-masing bagi mengetahui prestasi Kabinet Sarawak.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 4, 2011 at 5:17 PM

1.Semua porrfolio penting dibaham oleh DAP..

2.Spt di Singapura, ISLAM hanya pegang portfolio agama jer...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger