ANWAR MENGELABAH DAN TERTEKAN TUNGGU 16 MEI 2011



KUCHING – Ketika rakyat Malaysia dan seluruh pemimpin dunia menunggu detik 16 Mei 2011, Anwar Ibrahim kini kelihatan semakin tertekan. Akibat tertekan menunggu tarikh keramat itu yang akan menentukan masa depannya, Anwar Ibrahim sekali lagi membuat kenyataan ‘bodoh’ apabila menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pandi kutty.

Kecelupuran Anwar Ibrahim itu telah memperlihatkan sikap biadap seorang yang tidak layak diangkat sebagai pemimpin. Tidak pernah pemimpin terhormat dan dihormati seperti Perdana Menteri diselar dengan sedemikian rupa oleh pemimpin yang kini kredibilitinya telah jatuh menjunam akibat perbuatan dirinya sendiri.

Cercaan Anwar Ibrahim ke atas Perdana Menteri itu bukan sahaja boiadab bahkan dianggap kurang ajar dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang bercita-cita besar seperti Anwar.

Seperti biasa, ramai pihak yang menggesa Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia. Bagaimanapun, sebagai ‘Anugerah Tuhan’ manakan mahu Anwar Ibrahim mahu berbuat sedemikian kerana menganggap dirinya sahaja yang terbaik di kalangan pemimpin akhir zaman ini.

Anwar dalam ceramah di Dewan Hamzah, Klang, Selangor, Sabtu lalu, didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang membawa maksud anak babi dalam bahasa Melayu.


Kenyataan biadab dan celupar yang keluar dari mulut Anwar sejak kebelakangan ini ada kaitannya dengan fikiran ketua pembangkang yang berada dalam keadaan tertekan. Selain menunggu tarikh 16 Mei 2011, Anwar Ibrahim juga menunggu nasibnya selepas video seksnya bersama pelacur China tersebar luas di internet.

Penyebaran video seks itu tidak ‘memalukan’ Anwar Ibrahim kerana sehingga kini beliau sering menafikan penglibatannya walaupun hakikatnya pelakon video itu menyerupai Anwar Ibrahim dan telah disahkan sendiri oleh rakannya yang sanggup melakukan sumpah laknat. Bagaimanapun, keluarga Anwar, iaitu isterinya Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah ternyata tertekan dengan penyebaran video seks suami dan bapanya.

Anwar telah diminta ramai pihak untuk melihat cermin bagi mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum mencerminkan atau mengatakan tentang sesuatu yang tidak baik kepada orang lain. Perbuatan Anwar Ibrahim itu bukan sahaja melukakan hati Perdana Menteri yang selama ini ikhlas memperjuangkan nasib rakyat, tetapi juga telah melukakan hati rakyat Malaysia yang selama ini menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia!
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 12, 2011 at 12:55 AM

Aku tertarik sungguh dengan gambar anwar yang kat atas tu terutama gambar yang kedua tu, nampak sangat korang cut kepala anwar dari gambar yang dia tengah berucap tu.. pastu kepala dengan badan tak kena, macam orang tak de tengkuk..
Makin lama korang dok keluar gambar-gambar cam ni, makin sangat nampak penipu...kah kah kah

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger