WANITA PKR DAKWA PENGUNDI DI PETRA JAYA DITAKUT-TAKUTKAN BN



Rakyat Sarawak bukan pertama kali mengundi bahkan ramai pengundi yang telah mengundi lebih daripada 10 kali sepanjang hidupnya. Sepanjang proses pengundian, tiada sebarang petanda atau kelakuan yang boleh menjejaskan seseorang itu mengundi. Bahkan, ramai petugas parti terpaksa menggerakkan ahli-ahlinya dan orang ramai untuk keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya.

Dakwaan Wanita PKR bahawa pengundi-pengundi di Sarawak khususnya di kawasan Petra Jaya ditakut-takutkan penyokong-penyokong BN adalah sangat tidak berasas sama sekali. Sepanjang proses pengundian pada 16 April itu, tiada sebarang provokasi mahupun kelakuan biadap yang ditunjukkan petugas-petugas BN melainkan satu kes melampau yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PKR di Pusat Pengundian di SK Merpati Jepang.


Lebih memalukan, penyokong PKR itu yang merupakan orang luar dari Semenanjung tanpa segan silu bertekak dengan Ketua Pemuda PBB Sarawak yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya merangkap Timbalan Menteri. Perlakuan itu merupakan pertama kali dalam sejarah Sarawak memandang selama ini proses pengundian di Sarawak berjalan lancar. Tindakan itu merupakan sebahagian budaya yang kerap diamalkan Pakatan Pembangkang di Semenanjung semasa hari pengundian.

Kekalahan kesemua calon PKR di DUN Pantai Damai, DUN Demak Laut, DUN Tupong, DUN Samariang dan DUN Satok telah menidakkan PKR bertapak di Petra Jaya yang menjadi idaman mereka sebelum ini.


Wanita PKR sebelum ini menjelaskan sepanjang kempen pilihan raya yang diadakan di kawasan Petra Jaya telah menyaksikan ribuan datang menyaksikan gelagat dan ‘olah’ penceramah Pakatan Pembangkang seperti keluarga Anwar Ibrahim termasuk Wan Azizah dan Nurul Izzah, juga Khalid Ibrahim @ Khalid Gagap, Sam Ketol, Azmin Ali dan juga calon-calon PKR. Kedatangan ribuan rakyat ke kempen-kempen PKR membuatkan Wanita PKR yakin bahawa kemenangan akan memihak kepada calon mereka.

Harus diingat budaya ceramah yang dibawa Pakatan Pembangkang pada pilihan raya kali ini merupakan budaya baru di Sarawak dan ia sememangnya tidak dapat diterima masyarakat Sarawak. Manakan tidak, ceramah kempen PKR banyak berkisar menyerang peribadi pemimpin BN, memfitnah dengan menyebarkan berita dan cerita yang tiada kebenarannya dan menafikan perlakuan dan pertuduhan yang dihadapi walaupun kes itu masih dalam perbicaraan. Apakah semua ini yang dimahukan rakyat Sarawak semasa mendengar ceramah kempen PKR?


Slogan ‘Jom Ubah Sarawak’ ternyata tidak menarik minat rakyat Sarawak kerana kebanyakan janji-janji yang ditabur PKR dan Pakatan Pembangkang banyak bersifat janji manis. Rakyat Sarawak tidak bodoh seperti yang difikirkan pemimpin PKR terutama Anwar Ibrahim. Mana dia janji-janji PKR dan Pakatan Pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang juga Kedah? Tiada jaminan langsung janji-janji Pakatan Pembangkang yang hanya manis di mulut dan buta di hati.

Fenomena kempen di Sarawak tidak sama seperti di Semenanjung. Ramai yang hadir ke majlis ceramah kempen PKR bukannya menunjukkan sokongan, tetapi kebanyakannya hadir hanya untuk mendengar, menilai, melihat wajah Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Azmin Ali yang selama ini banyak dilihat di dalam akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Tidak ketinggalan juga mereka ingin melihat wajah Anwar Ibrahim yang sebenarnya untuk dibandingkan dalam video terbaru Anwar Ibrahim bersama Pelacur China.



Berasaskan kepada perkiraan dan penjelasan orang ramai yang pernah datang ke ceramah PKR dan melibatkan Anwar Ibrahim, ramai yang ‘confident’ bahawa pelaku atau pelakon dalam ‘blue film’ itu adalah serupa dan 1000% percaya bahawa itu adalah Anwar Ibrahim. Juga, ramai perasan apabila melihat wajah Anwar Ibrahim yang tidak ceria apabila senyum sesuatu yang amat ‘pelik’. Ramai yang beranggapan bahawa wajahnya itu telah dimakan sumpah kerana tidak percaya dengan sumpah yang dilakukan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kes Altantuya dan Saiful Bukhari dalam kes liwat.


Ditanya adakah Wanita PKR telah membuat laporan polis, Ketua Wanita PKR Sarawak Nurhanim Mokhsen menjelaskan Wanita PKR masih sedang menyiasat. Ini berhubung dengan calon PKR di DUN Tupong, Baharuddin Mokhsen yang juga abang kepada Nurhanim Mokhsen telah dinafikan kemenangannya apbila kalah kepada penyandang Datuk Daud Abdul Rahman.

Jelaslah bahawa, Pilihan Raya DUN Sarawak ini banyak membuka minda dan mata PKR bahawa rakyat Sarawak khususnya di kawasan Petra Jaya masih tidak menerima perjuangan dan wakil rakyat daripada PKR dan Pakatan Pembangkang. Selama ini BN telah menjalankan tugasnya dengan baik walaupun diakui ada beberapa isu yang masih belum diselesaikan. Bagaimanapun, komitmen kerajaan untuk terus memajukan Petra Jaya ternyata amat memberi keyakinan kepada rakyat.

Petra Jaya ke arah Putra Jaya…
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger