WAN AZIZAH SURUH CALON BEBAS TARIK DIRI?


Lihat gelangku, cantik kan?

Wan Azizah sedang berkempen di Kuching bagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa suaminya tidak bersalah dalam kes video seks bersama pelacur daripada China. Semalam, Wan Azizah yang sempat berkempen di beberapa tempat di kawasan Petra Jaya terpaksa memendekkan kempennya akibat sindiran beberapa bekas ahli-ahli PKR yang telah keluar parti dan menjadi bebas.

Ketika Wan Azizah cuba meraih simpati mengenai kes suaminya yang ketika ini sangat diperkatakan sehingga membuatkan rakyat Sarawak berasa sangsi terhadap PKR. Apakah selama ini Wan Azizah telah hidup terseksa akibat pembohongan demi pembohongan demi menyelamatkan ‘suami tercinta’ walaupun hakikatnya isi hatinya sudah terseksa.

Setelah mengumumkan bertanding atas tiket Bebas, Dominique Ng yang semalam menyuarakan masih cintakan PKR walaupun beliau telah dianiayai Baru Bian dan PKR Sarawak telah diminta untuk menarik diri.

Apakah Dominique Ng mahu mengikut desakan PKR untuk kembali ke parti yang sebelum ini yang menjadikan beliau sebagai YB? Itulah yang cuba diusahakan Wan Azizah bagi memberikan sokongan kepada calon PKR di DUN Padungan. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger