SLOGAN ‘SARAWAK, JOM UBAH’ HANYA RETORIK SEMATA-MATA SEUMPAMA JANJI-JANJI PALSU



Slogan ‘Sarawak, Jom Ubah’ yang digunakan Parti Tindakan Progresif (DAP) semasa berkempen tidak menjamin masa depan rakyat. Berbeza dengan BN yang mempunyai rekod yang cukup cemerlang dalam mentransformasikan pembangunan di negeri ini khususnya di Sarawak. Di bawah pemerintahan BN, Sarawak menikmati pembangunan dan peningkatan taraf kualiti hidup hasil pentadbiran BN.

Sebaliknya, slogan ‘Sarawak Jom Ubah’ yang digunakan DAP belum tentu dapat mengubah nasib rakyat sebenarnya, jangan-jangan rakyat lebih mundur dan ketinggalan.

Rakyat tidak perlu terperangkap dengan slogan parti lawan itu kerana rakyat khususnya di luar bandar perlukan lebih banyak perhatian daripada kerajaan sedia ada. 

Kebanyakan slogan yang digunakan parti pembangkang dalam kempen mereka hanya sekadar janji-janji kosong untuk mempengaruhi rakyat supaya menyokong mereka pada pilihan raya kali ini.

Rakyat di Sarawak diseru supaya menilai calon yang boleh membawa perubahan lebih baik untuk mereka dan bukan sekadar terperangkap dengan fitnah yang ditaburkan Pakatan Pembangkang.
Dalam kempen ini rakyat Sarawak tidak seharusnya menggadaikan masa depan mereka dengan terpengaruh dengan helah parti lawan yang cuba meraih undi dengan memburuk-burukkan kerajaan. Masa depan negeri ini amat bergantung kepada kebijaksanaan rakyat memilih kerajaan yang dipercayai mampu membawa kemajuan untuk mereka.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger