SIAPA TIMBALAN KETUA MENTERI SARAWAK?



Kekalahan Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dalam Pilihan Raya DUN Sarawak yang lalu membuka persoalan siapa Timbalan Ketua Menteri Sarawak? Apakah jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak wajar dikekalkan kepada SUPP atau diberikan kepada PRS atau SPDP?

Berasaskan keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak, PBB yang meletakkan 35 calon dalam Pilihan Raya DUN Sarawak menang kesemuanya bagi mengekalkan momentum bersih sama seperti Pilihan Raya DUN Sarawak 2006. Bagaimanapun, seperti diduga SUPP yang sebelum ini dikatakan banyak melakukan transformasi telah mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah parti. Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak kali ini SUPP hanya memenangi 6 daripada 19 kerusi yang diperuntukkan. Daripada 6 kerusi DUN itu, hanya 2 kerusi sahaja calon SUPP yang mewakili masyarakat Cina menang manakala 4 kerusi lagi diwakili masyarakat Bumiputera.

Apakah Timbalan Ketua Menteri Sarawak wajar diberikan kepada Dato Sri Wong Soon Koh, satu-satunya calon SUPP yang memegang jawatan dalam parti sebagai Timbalan Setiausaha Agung SUPP memenangi kerusi DUN Bawang Assan? Spekulasi itu juga membayangkan berkemungkinan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak mungkin akan dipegang oleh Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.


Di sebalik persoalan jawatan Ketua Menteri Sarawak, PRS parti kedua yang mencatat keputusan cemerlang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak juga berminat dengan jawatan itu. Bagaimanapun, SUPP dan PRS menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi bagi menentukan siapakah yang paling layak menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak.

Sarawak mempunyai 2 Timbalan Ketua Menteri, dengan seorang lagi Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu yang masih mengekalkan jawatannya.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
April 20, 2011 at 9:31 AM

KERUSI ITU PATUT DIBERIKAN KEPADA PARTI YANG MEWAKILI BANGSA DAYAK.TIDAK MENGAPA BANGSA DAYAK DAPAT 2 ORANG TIMBALAN KETUA MENTERI.MEREKA LEBIH BANYAK BERJASA DAN LAYAK MENERIMANYA SEBAGAI MAJORITI PERIBUMI DAN SETIA BERSAMA KERAJAAN.INGAT MASYARAKAT DAYAK DAN MELAYULAH MENJADI PENYELAMAT MARUAH BN TEMPOH HARI.

Anonymous
April 23, 2011 at 10:24 AM

kaum cina dah diberi peluang oleh kerajaan BN Negeri tetapi malangnya mereka mensia-siakan peluang dengan politik rasis mereka. Oleh itu, adalah wajar untuk memberi peluang kepada parti yang memiliki majoriti kemenangan...

April 25, 2011 at 4:34 AM

saya setuju dengan 2 cadangan diatas..bukan bsifat rasis, namun ini adalah outcome dr pilihanraya sendiri. saya percaya kaum cina sarawak tidak akan terabai dengan perlantikkan ini.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger