SEMBAHYANG 2 IMAM 2 KELOMPOK, PELIK DI SARAWAK, BIASA DI SEMENANJUNG


Seperti yang berlaku di Surau Kampung Hulu, Sebuyau

Setelah menerima lampu hijau untuk bertanding di 5 kerusi DUN, iaitu di Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu, PAS telah menggiatkan aktiviti kempennya walaupun penamaan calon belum diadakan. Menjadi kelaziman PAS mahupun PKR dan DAP, dalam mana-mana pilihan raya merekalah yang paling dahulu memulakan kempen. Keadaan inilah yang berlaku di Sarawak ketika ini menjelang penamaan calon Pilihan Raya DUN Sarawak pada 6 April ini.

Mencetuskan peristiwa, PAS yang akan bertanding menentang BN-PBB di DUN Sebuyau telah mula menggerakkan jentera pilihan raya. Selain rakyat tempatan, ramai ahli PAS di Semenanjung juga telah datang berkampung di Sarawak bagi membantu calon PAS. Dalam kesibukan berkampung, amalan PAS di mana-mana tempat menjadi perhatian penduduk tempatan khususnya dalam menunaikan solat di surau.

Pada ketika penduduk tempatan menunaikan solat Isyak berjemaah di Surau Kampung Hulu, Sebuyau, sekumpulan ahli-ahli PAS yang bersemangat untuk berkempen lebih rela menunggu di belakang jemaah tempatan yang sedang khusyuk berjemaah Isyak. Ketika menunggu dan mundar mandir di bahagian belakang jemaah, mereka ini (ahli-ahli PAS) membuat bising dan bercakap seperti tiada orang di sekeliling mereka. Menjadi persoalan, apakah mereka ini tidak mempunyai adab dan budaya ketika jemaah lain sedang bersolat dan mereka ini pula yang alim kononnya sanggup membuat bising sehingga menganggu jemaah lain yang sedang bersolat?

Sebaik saja jemaah penduduk tempatan selesai bersolat dan bersalaman, mereka terus bergerak ke hadapan dan terus bersolat dalam kumpulan mereka. Perbuatan ini telah mengundang sejuta persoalan kepada penduduk tempatan, kenapakah mereka (ahli PAS) sanggup membuat perkara sebegitu?

Menurut penduduk, belum pernah dalam sejarah kampung perkara sebgini berlaku di kampung mereka. Perbuatan sebegini seolah-olah masyarakat Melayu berpecah belah disebabkan ideologi politik. Apakah disebabkan kebanyakan penduduk kampung yang berjemaah itu merupakan penyokong dan ahli-ahli BN, maka mereka ini tidak mahu solat berjemaah bersama-sama?

Andai perbuatan ini merupakan solat jamak bagi kumpulan PAS yang baru datang dari Semenanjung, tidak masuk akal kerana tingkahlaku dan kejadian itu berlaku setiap hari. Perbuatan itu sedikit sebanyak membuatkan penduduk tempatan apakah ajaran Islam yang dibawa PAS yang berselindung disebalik memperjuangkan Islam?

Bagi penduduk tempatan Sebuyau, perbuatan ini tidak sewajarnya wujud di Sarawak memandangkan mereka sebelum ini tidak pernah menghadapi perkara sedemikian. Kedatangan PAS di Sarawak bukan sahaja mahu mendapatkan kuasa politik, sebaliknya mahu memecahbelahkan penduduk Islam di Sarawak seperti mana yang mereka lakukan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. 
Share this article :
 

+ comments + 13 comments

Anonymous
April 2, 2011 at 1:11 AM

saya rasa u yg sesat sebab tidak kenal siapa Bn dan Pas.ada akal fikir, ada telinga dgr dan ada mata lihat. jgan fikir bn jak. semua maklum BN perosak bangsa kecuali hati beku dan selalu makan rasuah. malulah kpd Allah yang maha melihat.

Anonymous
April 2, 2011 at 5:21 AM

solat isyak, tapi terang benderang..
http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/02/fitnah-tok-guru-isu-2-imam-di-tenang.html

Anonymous
April 2, 2011 at 5:25 AM

PERHATIAN KPD SEMUA PEMBACA. Sebenarnya gambar kat atas ni diambil time Pilihanraya Kecil PRK DUN kat Semenanjung waktu dulu. Sampaikan heboh kat kebanyakan blogger UMNO pasal isu ni. Jgn ingat yg kitorg dah lupa isu ni. So nampak sgt la yg isu ni fitnah blog ni utk menjatuhkan PAS. Saper yg tak follow dari dulu memang senang terpengaruh.

Lagi satu berdasarkan artikel kat atas pada perenggan ketiga ade disebutkan yg jemaah tempatan nak solat ISYAK. (BACA-ISYAK!!) PERHATIAN!!! Cuba korg sume klik pada gambar utk tengok gambar dgn lebih besar. Nampak dgn jelas yg waktu tu bukannyer waktu Isyak. KAHKAHKAH. Nak tipu pun beragak lah. Dari sini boleh nampak yg penulis hanya membuat fitnah dlm isu ni.

Pastu pulak berdasarkan gmbr kalau korg cam sebenarnye Nik Aziz tgh jadi imam. Tapi nape x disebut langsung dlm artikel. Sebabnye admin blog ni kutip gmbar ni ntah kat maner dari internet pastu saje nak buat citer versi sendiri. Kalau betul die ade kat tempat tu atau dapat bende ni dari sumber yg ade kat tempat kejadian konfem 110% diorang boleh nampak Nik Aziz dan nama Nik Aziz terus dihentam dlm artikel ni.

- PENJELASAN - Sebenarnya waktu tu PAS solat jamak/qasar sebab diorang bermusafir sebab datang berkempen utk PRK. Tapi blogger2 UMPORNO dah xde isu jdi isu ni pun diorg manipulasikan utk memburukkan PAS kononnyer PAS pemecahbelah umat. Kahkahkah. Memang dasar pemfitnah. Kalau saper2 yg x follow memang senang utk ditipu juak2 UMPORNO nih. Kalau korang dah tau artikel ni fitnah oleh admin blog ni, macamane nak percaya ngan artikel lain oleh blog ni. So x payahlah baca lagi blog ni.

-Kepada Admin blog ni-
Kalau kau gentleman
Kalau kau punyai prinsip
Kalau kau memang nak perjuangkan nasib Sarawak
Kalau kau tak takut dilambung tohmahan
Kalau kau tak takut berdepan kebenaran
Kalau kau bicara tentang perjuangan
Aku cabar ko jangan remove komen aku ni

- PEMUDA BANGI -

Anonymous
April 2, 2011 at 4:51 PM

juak2 pencacai umngok bongok ni apa yg diorg reti.. fitnah, sex, togok todi reti la diorg ni.. solat org musafir (jamak/ qasar) mn boleh berimamkan org yg bermukim (solat tamam).. BAGHAL TOTK UMPORNO NIH!!!...

solat isyak terang benderang luar pulak tu.. igt planet pluto ke hape???

HAHAHAHAHAAAA MAHA KANTOI BETOL PUAK2 TOLOL NIH LAAA... HAHAHA

-Ifrit Bajingan UMNGOK-

Anonymous
April 2, 2011 at 7:12 PM

Akai ada ka penulis blog ni? Mesti dh dpt RM5ribu sebulan utk cipta blog ini. Org Sarawak sudah sedar ya. Kamu patut ada disitu baru tahu ini mengenai apa,bukan hanya tau buat cerita tanpa fakta sebenar ya. Solat jamak tidak sama dgn solat isyak, isyak di waktu malam ya bukan siang....

Alvin

sedih2
April 3, 2011 at 12:12 AM

hahaha..
sedih aku tgk blogger ni,nk putar belit x pandai,x pasal2 kena hina.kasihan2..

April 3, 2011 at 1:24 AM

gambar atas tu cuma contoh yg blaku di tpt lain.

tetapi kalau ini yg tjadi di bumi Sarawak ni, mmglahh tidak patut. Dah la bilangan muslim tidak seramai mana, tidak patut nak di pecah belah kerna fahaman politik lagi. Tahap fahaman ttg politik kat msia amnya blum cukup matang. Emosi yang lebih kerana ramai pmimpin pun begitu juga.

April 4, 2011 at 5:34 PM

udah2 gik ngekot perangei stupid melaya people pok..daknya nei kisah psl kita di swk tok..dakny amok kuasa jak..udahlah urang ISLAM di SWK ya jauh jahil sik suka ilmu agama..ibohlah sampei ada sebuah PARTI yg mmg mauk kesyumulan agama ISLAM difitnah camtok rupa..kamek miak swk juak, mmg paham corak politik n culture org kita..tp sikda gik kita2 tok suka polah fitnah..ingat Allah tauk apa polah kita..kamek tauk cita tok cita fitnah...mbak2 tobat org nok molah cita tok..

Anonymous
April 9, 2011 at 7:55 PM

nampak lah blog ni penipu BOSAR....

Anonymous
April 10, 2011 at 9:50 PM

Sebab ya lah mun dapat dak semenanjung sibuh gago di Sarawak. Rakyat Sarawak pun bolih nadbir. Apa guna kita harap sidaknya. Enough is enough lah. Kita sik mau oleh kerana sidanya kita disarawak berpecah belah. Cukuplah yang ada seperti Brian. Silap silap nya pun kelak meroyan nak jadi YB.

Anonymous
April 28, 2011 at 10:29 AM

org nak ada di sebuyau masa ya jak tauk hal tok!!

Anonymous
October 20, 2011 at 3:41 PM

pok..sebuyo kpg aku..aku tauk time pas kempen sebuyo sikdo pekaro tok berlaku...sebalik nya penyokong yg taksub lak ngn BN sik mok berjarah ngn geng cdak pas tok...tangan d hulur dak pas sik bersambut....lawo ngn eksyen nk mati keruk cdak pencacai bn yo..merik malu kpg jak....

Anonymous
July 23, 2012 at 1:32 PM

Ya Allah... Terjumpe blog ni...walaupun dh lame artikel ni diterbitkan... Seseungguhnya ini satu fitnah besar... perhatian kepada penduduk sebuyo yang baca artikel ni... Ade korang pernah tengok surau/masjid cmtuk kt kmpung kita ? Tak pernah wujud surau kg hulu mcm dlm gambar... Fitnah! Masih lagi nk menyokong para pemfitnah mcm ni....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger