‘SAUDAGAR MIMPI’ JUAL JANJI



Kedatangan Pakatan Pembangkang ke Sarawak bukanlah bertujuan memperjuangkan rakyat seperti slogan ‘jom ubah’ yang dijadikan asas dalam Pilihan Raya DUN Sarawak. Sebaliknya, mereka datang ke sini dengan membawa sejuta harapan terhadap janji-janji dalam mengelirukan rakyat.

“Banyak saudagar-saudagar mimpi kini berjalan di Sarawak menjual barang mereka dan menjanjikan bulan dan bintang”.

Dalam kenyataan Pakatan Pembangkang menerusi media, Anwar Ibrahim mengatakan harga minyak naik, tetapi perkara itu adalah sangat tidak benar. Ini disebabkan harga minyak RON95 dan diesel tidak naik dan masih kekal pada harga yang sama. Ketika ini kerajaan terpaksa menanggung subsidi RM0.84 bagi seliter RON95 dan RM1.04 seliter untuk diesel.

Pakatan Pembangkang telah mengelirukan rakyat. Sebaliknya, harga minyak yang naik adalah minyak RON97 yang digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi yang tidak banyak digunakan oleh rakyat biasa.

Menurut menteri, minyak RON97 itu hanya terdapat di bahagian Kuching, Sibu dan Miri yang tidak dijual di stesen minyak lain.

Kebanyakan orang di Malaysia tidak menggunakan minyak RON97 ini kerana ia digunakan oleh kereta berkuasa tinggi sahaja.

Justeru, ceramah Pakatan Pembangkang yang menyatakan minyak naik hanyalah propaganda untuk meraih simpati rakyat Sarawak.    
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

April 13, 2011 at 10:42 AM

Awak pun saudagar minyak ka?

Anonymous
April 13, 2011 at 11:00 AM

suka ati dialah blog di kau warisan apa?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger