PKR SALAHKAN MASA KEMPEN SINGKAT PUNCA KEKALAHAN DALAM PILIHAN RAYA DUN SARAWAK





Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mendakwa punca kekalahan PKR dan Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak disebabkan masa kempen yang singkat. Justeru, PKR dan Pakatan Pembangkang akan meneliti perkara ini dengan lebih mendalam bagi mendesak SPR memanjangkan tempoh masa berkempen yang panjang pada PRU-13 akan datang.

Terdahulu, Anwar Ibrahim dan Baru Bian menyatakan PKR akan mengemukakan petisyen berhubung kekalahan PKR dalam Pilihan Raya DUN Sarawak di beberapa kawasan DUN. Sehingga kini, PKR hanya mengenal pasti DUN Senadin sebagai DUN yang akan dikemukakan petisyen.

PKR sekarang sedang dalam proses mendapatkan bukti-bukti kukuh bagi membolehkan petisyen dikeluarkan ke atas kawasan DUN yang diragui kemenangan BN termasuk DUN Senadin. Walaupun hanya menang di 3 DUN, PKR nyata tetap tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya yang didakwa sebagai tidak adil. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 26, 2011 at 4:37 PM

diorg ni kalo boleh tuhan pun disalahkan....
Puak2 depa ni..mana nak mengaku salah...semuanya maksom..sejak berkawan dgn wali selipar pok nik...tu sbb semuanya ego dan angkuh....

MMg padan pun...kalah........bangsat PKR..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger