PILIHAN PENGUNDI DUN PADUNGAN? BN, DAP @ BEBAS?


Dominique Ng setuju dengan Gagasan 1Malaysia

Setelah namanya tidak disenaraikan dalam senarai calon PKR yang diumumkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum penamaan calon, Dominique Ng bertindak keluar parti dan bertanding atas tiket Bebas.

Terdahulu, PKR telah bersetuju untuk berkrompomi dengan DAP untuk bertukar kerusi di DUN Batu Lintang. Dalam erti kata, DAP akan bertanding di DUN Padungan yang sebelum ini disandang Dominique Ng daripada PKR dan PKR pula akan bertanding di DUN Batu Lintang. Pertukaran kerusi DUN ini juga telah menutup pintu politik Voon Lee Shan yang sebelum ini diwar-warkan akan diketepikan daripada mewakili DAP berikutan persengketaannya dengan Chong Chieng Jen sehingga menyebabkannya didenda.

Di samping itu, hubungan Dominique Ng dan Wong Ho Leng juga tidak mesra seperti dahulu apabila Dominique Ng dikatakan menikam Wong Ho Leng dari belakang. Akibatnya, Dominique Ng bukan sahaja disaman malah mahu karier politiknya telah tertutup rapat.

Apakah pengundi di DUN Padungan masih mahukan Dominique Ng sebagai wakil rakyat? Apakah sumbangan Dominique Ng kepada pengundi-pengundi Padungan? Itulah antara persoalan yang perlu difikirkan pengundi Padungan sepanjang pemerintahan Pakatan Pembangkang yang ketika itu diwakili PKR.

Kini, Pilihan Raya DUN Sarawak kembali lagi. Penduduk Padungan perlu berfikir dan memikirkan apa yang telah dilakukan sepanjang Pakatan Pembangkang memerintah. Ini termasuklah DUN-DUN bersebelahan termasuklah DUN Pending, DUN Batu Lintang dan DUN Kota Sentosa. Di manakah pembangunan dan kepentingan yang cuba dibawa dan diperjuangkan Pakatan Pembangkang terutama DAP?

Sudah tiba masanya pengundi Padungan memikirkan masa depan diri sendiri dan anak cucu cicit demi kejayaan masa akan dating. Setelah kira-kira 5 tahun hidup dalam serba kekurangan, kini masa yang tepat untuk pengundi Padungan bertukar wakil rakyat dengan memilih mereka yang benar-benar boleh mewakili mereka di kawasan mahupun di dalam kerajaan. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger