PENYOKONG PKR KECEWA SEMASA PENAMAAN CALON



Disebabkan jumlah penyokong PKR yang sedikit dan boleh dibilang dengan jari, terdapat beberapa orang penyokong PKR yang berasa kecewa. Ketika pusat penamaan calon dibuka secara rasmi jam 9.00 pagi, beberapa penyokong PKR yang telah menunggu lama sejak jam 7.00 pagi lagi berasa hampa dan kecewa. Mereka telah diajak ahli-ahli PKR bagi membantu meramaikan penyokong PKR dengan diberikan baju dan topi serta bendera setiap satu.

Atas perasaan hampa dan kecewa, penyokong PKR telah meletakkan bendera PKR di atas tong sampah. Kekecewaannya tidak dapat dibendung lagi sehingga menyebabkannya hilang sabar dan meletakkan PKR diibaratkan seperti sampah.

Memikirkan mereka akan berada dalam kelompok yang ramai dan diberikan sedikit ole-ole, beberapa penyokong PKR ini penuh yakin bahawa kedatangan mereka itu pastinya member kesan yang besar. Sehingga jam 10.30 pagi, jumlah penyokong PKR di situ tidak juga berubah malah semakin berkurangan. Yang tinggal hanyalah ahli-ahli PKR dari Wilayah Persekutuan yang ditgaskan untuk meramaikan kumpulan penyokong PKR manakala penyokong-penyokong PKR tempatan Sarawak telah pulang dalam kekecewaan.


Penamaan calon PKR di DUN Satok itu tidak ubah seperti pilihan raya di salah satu DUN di Semenanjung. Ini disebabkan kebanyakan penyokong PKR adalah terdiri daripada mereka yang datang daripada Semenanjung. Berbeza keadaannya dengan penyokong BN yang hampir keseluruhan adalah orang tempatan Sarawak dan mereka yang tinggal di kawasan DUN Satok. Mereka yang berkumpul sejak jam 7.00 pagi telah penuh sabar menanti dan bertemu dengan calon BN, Datuk Amar Abang Zohari. Calon BN itu dijangka tidak menghadapi masalah untuk mempertahankan kerusi DUN N.8 Satok sekiranya suasana penamaan calon itu tadi diambil kira.

Dan, yang pasti penamaan calon yang baru saja selesai kira-kira jam 12.00 tengahari tadi di 71 DUN memberikan petanda awal mengenai kekalahan besar yang akan diteri Pakatan Pembangkang menjelang hari pengundian nanti. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger