PENGUNDI CINA MENGUNDI DAP SEBAGAI UNDI PROTES KEPADA BN-SUPP



Kemenangan DAP di kebanyakan kerusi DUN berbanding PKR dan PAS serta SNAP dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2011 telah memperlihatkan keangguhan DAP untuk terus bersuara dan mendesak kerajaan. Berbeza dengan PKR yang ramai calonnya tewas di kebanyakan kerusi DUN kepada calon BN, DAP yang sebelum pilihan raya mengambil sikap tunggu dan lihat kini telah menampakkan belangnya.

Keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak telah menyaksikan majoriti pengundi Cina terutama di kawasan bandar telah menyokong DAP dan Pakatan Pembangkang. Ini telah membuatkan DAP semakin riak dan tekad untuk terus memainkan sentimen politik perkauman seperti yang diamalkan mereka sekarang. Strategi yang dikemukakan pemimpin tertinggi DAP khususnya kedua-dua anak beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng telah berjaya meresapi minda pengundi dan penduduk Cina di Sarawak.

Kejayaan mempertahankan dan menawan beberapa kerusi di kawasan bandar dan berjaya menumbangkan kompenan BN-SUPP sebenarnya mempunyai seribu macam hikmah.


Kejayaan DAP menanam sentimen kecinaan di kalangan masyarakat Cina di Sarawak membuktikan DAP merupakan sebuah parti yang rasis. Membawa aliran politik perkaumanan seperti yang dilakukan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 telah berjaya membuatkan masyarakat Cina di Sarawak memberontak sehingga menidakkan jasa dan perjuangan kerajaan selama ini.

Keputusan ramai pengundi Cina menyokong DAP juga memperlihatkan masyarakat Cina di Sarawak secara keseluruhannya hanya mementingkan ‘kuasa’ berbanding keharmonian kaum. DAP hanya mempergunakan PKR dan PAS serta SNAP dalam usaha memperoleh kuasa yang menjadi impian mereka selama ini.

SUPP kompenan BN Sarawak yang bermatlamat menjaga dan memelihara kepentingan kaum Cina di Sarawak ternyata ‘gagal’ menambat pengundi dan masyarakat Cina untuk bersama Kerajaan dan BN. Kegagalan ini telah membuka mata pemimpin tertinggi SUPP yang selama ini dikatakan banyak ‘tidur’ berbanding mempercayai realiti.

Kekalahan SUPP dalam Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu pada pertengahan tahun 2010 merupakan suatu isyarat kepada SUPP. Bagaimanapun, isyarat ini tidak diambil perhatian dan hanya diambil mudah. Walaupun kalah dengan undi yang tipis, namun hakikatnya BN-SUPP tetap kalah dan terpaksa membiarkan DAP merampas Parlimen Sibu daripada BN.

Pilihan Raya Kecil Parlimen P.212 Sibu sebenarnya merupakan titik mula kecenderungan pengundi dan masyarakat Cina beralih arah dan menyokong DAP. Kelemahan jentera SUPP ketika berkempen selain tidak mengiktiraf bantuan dan sokongan rakan dalam kompenan telah menyebabkan BN kalah. Apakah SUPP telah mengenal pasti kelemahan dan kekurangan SUPP semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu dan mempelajarinya ketika berhadapan dengan Pilihan Raya DUN Sarawak?

Kesediaan Presiden SUPP, Tan Sri Datuk Patinggi Dr George Chan meletak jawatan sebagai presiden dan memberi laluan kepada muka baru seharusnya dibuat sebelu pilihan raya dan bukannya sekarang. Desakan ramai pemerhati politik berhubung perkara ini sewajarnya diambil perhatian dan bukannya mengambil sikap menemplak dan menjunjung presiden. Suara-suara akar umbi yang mahukan kepimpinan baru yang lebih muda dan pengumuman Presiden SUPP sebelum ini yang mahu berundur, tetapi ditarik balik telah menyebabkan pengundi Cina berpatah arang.

Percakaran kepimpinan SUPP telah memperlihatkan kelemahan pentadbiran Majlis Tertinggi SUPP sehingga menyebabkan masyarakat Cina berasa bosan. Percakaran sesama sendiri ini bukan sahaja memperlihatkan kelemahan, tetapi juga membuktikan bahawa tiada kesepakatan dalam memimpin sebuah parti politik. Usul mengetengahkan pemimpin muda sewajarnya dilakukan dengan betul dan tersusun bagi memperlihatkan SUPP serius untuk melakukan transformasi seperti yang dilakukan parti kompenan BN yang lain.


Hakikatnya, pengundi Cina di Sarawak tidaklah cenderung mengundi DAP dan Pakatan Pembangkang. Berdasarkan sejarah, pengundi Cina tidak pernah memperdagangkan nasib mereka dengan mengundi DAP mahupun pembangkang kerana yakin Kerajaan BN sentiasa berusaha menjaga kepentingan mereka. Namun, kegagalan SUPP mendengar dan memperjuangkan kepentingan Cina di Sarawak telah menyebabkan mereka berpatah hati walupun hakikatnya, BN sentiasa dalam hati mereka.

Kemelut undi protes pengundi Cina dapat dilihat di kawasan DUN Pending yang secara totalnya pengundi di situ menyokong calon BN-SUPP, Prof Dr Sim Kui Hian. Bagaimanapun, pengundi di situ terpaksa membuat undi berbelah lagi apabila terpaksa mengorbankan calon rakyat daripada BN itu. Keupayaan penyandang DUN Pending, Violet Yong yang kreadibilitinya semakin berkurangan ekoran prestasinya yang tidak bagus. Sepanjang menjadi wakil rakyat di DUN Pending, Violet Yong hanya bermodalkan kecantikannya sahaja dengan mendesak dan memfitnah kerajaan berbanding membawa masalah rakyat di dalam Persidangan DUN.

Kegagalan SUPP itu menyebabkan pengundi Cina melakukan undi protes bagi menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap SUPP. Faktor Ketua Menteri Sarawak juga banyak menjadi faktor pendorong kepada tindakan mereka melakukan undi protes dalam usaha tindakan mereka itu dilihat secara wajar.

Kelemahan dan kerapuhan SUPP dalam memperjuangkan kepentingan kaum Cina telah diambil kesempatan DAP dengan membawa sentimen perkauman yang sedikit sebanyak berjaya meresapi hati dan minda masyarakat Cina. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

April 30, 2011 at 11:49 PM

Cina tak undi Cina (SUPP) pun, Cina (DAP) juga yang menang!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger