PENGUMUMAN CALON BN SARAWAK BERBENTUK DINAMIK


Menjadi kebiasaan setiap kali pilihan raya, Ketua Menteri akan bertanggungjawab mengumumkan calon-calon BN. Namun, pada Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10, BN Sarawak telah melakukan suatu kelainan apabila Ketua Penerangan BN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem telah dipertanggungjawabkan untuk mengumumkan kesemua calon BN Sarawak yang akan bertanding di 71 DUN Sarawak. Bagaimanapun, hanya 70 calon yang diketahui manakala DUN 71 Ba’kelalan calonnya masih misteri dan dijangka akan diketahui sebelum penamaan calon.

Adenan yang juga Penasihat Khas Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan calon-calon BN Sarawak yang dianggotai PBB, SUPP, PRS dan SPDP dalam suasana kekeluargaan dan penuh rasa sayang.

Berbeza dengan keadaan Pakatan Pembangkang yang terpaksa mengumumkan calon masing-masing dalam keadaan berasingan dan penuh syak wasangka. Terdahulu, SNAP yang merupakan ‘adik’ bongsu dalam Pakatan Pembangkang telah mengambil keputusan keluar pakatan disebabkan telah dibuli ‘abang’nya PKR. Tindakan PKR itu menyebabkan SNAP mengumumkan calon-calonnya secara bersendirian sambil mengekalkan jumlah 27 kawasan DUN yang akan ditandinginya.

DAP yang merupakan ‘abang’ tengah Pakatan Pembangkang ketika ini sangat berasa selesa kerana berjaya menambah kerusi yang sedia ada setelah berjaya mencekik darah PKR. PKR bukan sahaja berjaya ‘dipijak-pijak’ bahkan juga dipancung kepalanya oleh DAP yang sememangnya mahu menjadikan PKR sebagai alat untuk mendapatkan kuasa.

Sebelum ini, PKR Sarawak yang beriya-iya mahu mengumumkan calonnya bersempena kedatangan Anwar Ibrahim ke Sarawak bagi tujuan membersihkan namanya dalam kes penyebaran video seksnya terpaksa membatalkannya atas alasan SNAP masih belum memberikan cadangan atas beberapa pertindihan kerusi DUN. Kesempatan itu diambil DAP yang mengumumkan akan bertanding di 15 kerusi DUN dan PAS pula bertanding di 5 kerusi DUN. Bagaimanapun, DAP semakin hari sentiasa berusaha untuk menambah kerusinya dengan ‘menekankan’ PKR. Atas sebab itu, PKR kini semakin berkurangan kerusinya manakala DAP berjaya menambah beberapa bilangan kerusi dengan menjadikannya sebanyak 19 kerusi DUN.

Sekiranya BN Sarawak berjaya menunjukkan sifat kekeluargaannya dengan mengumumkan calon secara serentak bagi keempat-empat parti, Pakatan Pembangkang pula terpaksa mengumumkan calon secara berasingan di beberapa buah tempat. Keadaan ini bukan sahaja mengundang kekeliruan di kalangan ahli parti bahkan menampakkan ketidaksepakatan mereka yang selama ini berlakon drama di dalam akhbar. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 6, 2011 at 4:04 PM

ULUSAN DACIN BERAT SEBELAH KANAN, MEMANDAI.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger