PCM ANCAMAN BESAR KEPADA PKR DAN SNAP



Kesediaan SPR membenarkan Parti Cinta Malaysia bertanding pada Pilihan Raya DUN Sarawak ini dan menggunakan logo PCM merupakan sejarah tercipta. Ini merupakan percubaan pertama PCM bertanding dalam pilihan raya walupun usia penubuhannya terlalu muda baru setahun jagung.

Di kala SPR membenarkan PCM bertanding menggunakan logonya, PCM kini baharulah dianggap sebagai parti politik. Persoalan mengenai sama ada PCM boleh bertanding menggunakan logonya atau tidak, memerlukan perbincangan lanjut apabila sebelum ini PCM telah mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai sebuah parti politik tetapi tidak mendaftarkan logo parti dengan SPR.

Keputusan itu pastinya merancakkan lagi pertembungan 3 penjuru atau lebih di beberapa kawasan. PCM sebelum ini membayangkan akan bertanding di 10 kerusi DUN yang kebanyakannya menjadi rebutan PKR dan SNAP. Yang pasti, DUN Ngemah akan menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara BN, PKR, SNAP dan PCM.

Apakah kehadiran PCM dalam pilihan raya kali ini akan mencetuskan kebimbangan terhadap SNAP dan PKR? Berasaskan kepada pengalaman dan calon, PCM dianggap sebagai ‘pasukan belasahan’ di kalangan PKR, DAP, PAS dan SNAP. Selain baru setahun jagung, kreadibiliti Pengerusi PCM Sarawak, Gabriel Adit Demong yang diibaratkan sebagai katak melompat yang tidak tahu ke mana arah tujunya.

Apa pun, sama-sama kita saksikan percaturan PCM yang sanggup mengambil risiko terhadap cita-citanya untuk mahu bertapak dalam politik Sarawak. Bagi SNAP dan PKR, kehadiran PCM perlu dilihat dalam bentuk ancaman memandangkan rakyat Sarawak kini sudah matang berpolitik dengan memandang serius terhadap keupayaan parti dan calon untuk membantu mereka dalam mengecapi kemajuan berterusan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

April 1, 2011 at 9:46 PM

http://sebanaku2u.blogspot.com/2011/04/yb-larry-sng-akhirnya-memilih-n42.html

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger