PAS BAKAR DAN KOYAKKAN POSTER BN



Setelah keganasan pemimpin DAP berlaku di Miri dan Kuching, perkara yang sama juga berlaku di Samarahan. Kali ini perbuatan terkutuk itu berlaku ke atas poster BN-PBB. DUN Muara Tuang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.

Tinjauan di beberapa kawasan di DUN Muara Tuang didapati banyak poster-poster dan lambang calon BN DUN Muara Tuang dibakar dan dikoyakkan. Menurut beberapa penduduk di perkampungan tersebut, ramai ahli PAS yang memakai kopiah dan baju berwarna hijau berlogo PAS telah merosakkan poster-poster BN. Selain mengoyakkan poster BN, mereka juga turut membakar poster itu sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 11.00 malam (Jumaat) dan kejadian itu telahpun dilaporkan kepada polis.

Perkara yang sama juga turut berlaku di jalan masuk Taman Samarindah dengan banyak poster dan lambing dibakar dengan begitu banyak sekali. Selain Taman Samarindah, kejadian juga berlaku ke atas Kampung Merdang Lumut dan bulatan ke Kota Samarahan. 
Share this article :
 

+ comments + 12 comments

Anonymous
April 10, 2011 at 6:13 PM

Apa dah jadi dgn perangai dungu yg ditunjukkan oleh penyokong Pakatan Rakyat.Adakah ini "keadilan" n "reformasi" yg mereka laungkan.

Jgn mengundi calon2 samseng PR.

sayang sarawak.

April 10, 2011 at 9:08 PM

Sekali lagi PAS melakukan kerja2 bodoh!
Macam mana nak pikat hati rakyat utk mengundi PAS yg berlagak samseng!
Teruskan perangai ini utk kalah teruk di PRU13 nanti!

Anonymous
April 10, 2011 at 9:33 PM

kalau cakap pasal islam mereka mengalahkan tok lebai, perangai masaallah tuhan je yang tahu

April 10, 2011 at 9:44 PM

Orang dari bulan dah berkeliaran di Negeri Sarawak...apa barangkali dibulan dah sik dapat didiam lagi mulalah nak merosak bumi yang aman damai di sarawak.

Wahai pak lebai2 dari bulan insaflah dan balik lah ke pangkal jalan agar Allah memaafkan anda semua. Cukuplah dengan tipu helah anda semua di semenanjung tapi jangan di Sarawak. Kami penduduk di Sarawak masih siuman dan tidak memerlukan lebai lebai yang gila kuasa seperti anda. Kemungkinan besar lebai2 ni semuanya anak didik Ayah Pin.

Anonymous
April 11, 2011 at 4:16 AM

salam kawan2 di bumi kenyalang, jgn cari sakit undi pkr atau dap, kami orang2 pulau pinang dah kene kencing, menyesal teramat sangat,

abg m
April 11, 2011 at 4:26 AM

saya sentiasa berdoa agar sedara2 kita dari parti pas akan berjuang bersama team bn, insyaALLAH . mereka pasti berubah cara berpolitik jika bersama bn, saya yakin dan percaya dlm masa terdekat mereka akan menyertai bn atau pun berjuang sendirian tanpa bn atau pr. sama2 tunggu dan lihat

Pemerhati bebas
April 11, 2011 at 4:34 AM

Ada ke org percaya cerita ni?

Ada bukti ke PAS yg rosakkan bendera BN?

Mana bendera yg terbakar?

Kita nak orang sokong BN bukan dengan cara begini, org boleh kata fitnah mcm ni...

Jangan ingat pembaca blog ni semua penyokong BN, org atas pagar akan rasa jijik kalau Blogger BN terus buat mcm ni...

April 11, 2011 at 3:22 PM

ada bukti ke cakap pembangkang yg buat...jgn sng lenang nak cakap mentaliti pembangkang lemah!!!!cuba jenguk di n46 dudong,,,,poster DAP diconteng dengan spray oleh penyokong BN,dimana etika berkempen korang ha???,,,wajarkah itu!!!jgn terlalu mudah menunding jari k arah pembangkang..ingat kata pepatah...paku dulang paku serpih..kata org dia yang lebih..

Anonymous
April 12, 2011 at 1:02 AM

Menuduh PAS adalah satu perbuatan yang jahil politik. Yang buat perkara terkutuk itu sebenarnya dari rakyat yang sudah muak dan jijik dengan BN.

Anonymous
April 12, 2011 at 1:06 AM

Kenapa tuduh PAS? Adakah kerana PAS bertanding di kawasan itu?

Wira Kenyalang harus sedar bahawa sudah ujud ramai penentang2 BN di Sarawak.

May 3, 2012 at 11:19 AM

Siape nak org tua mcm taib pimpin sarawak lg??taib hidup senang lenang,harta xterkira.rasuah.duit balak petronas habis di sapu.korang da hidup senang?ramai yg masih x menikmati era kemodenan duk lam hutan.elok la pas ade kat sarawak daripada umno.jage aklak budak2 melayu sarawak.ramai yg kaki botol dan bertatu..bodoh betol korang xpat menilai negeri sendiri.tgk tv1,tv2,tv3 buat korang katak bwh tempurung xtau politik.xtau internet???pi undi pakatan rakyat dulu.biar tau internet.nak sgt duk lam hutan lg,undi bn.

Anonymous
September 13, 2012 at 1:38 AM

ehh.. ada orang pr dunggu yg menyampok iye?pehal?takut dosa kh?kalu takut dosa jangan mnyampok di sini.pergi balik bulan,bawa sekali janji2 pembohong lu orang.pandai2 kata orang suka duk lam hutan,lebih baik duk lam hutan dari duk ngan samseng2 dunggu..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger