PAKATAN PEMBANGKANG PERSOALKAN POSTER NAJIB



Pakatan Pembangkang mempersoalkan poster pemimpin tertinggi Persekutuan yang turut dipamerkan dalam Pilihan Raya DUN Sarawak. Pemimpin tertinggi yang dimaksudkan pastinya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak kali ini, Pakatan Pembangkang cukup takut dengan personality Perdana Menteri yang dikatakan sangat disenangi rakyat Sarawak. Kreadibiliti Datuk Seri Najib telah memberikan aura kepada rakyat Sarawak untuk terus menyokong BN walaupun pemimpin tertinggi Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang memfitnah Perdana Menteri begitu lantang menyerang Perdana Menteri.

Penerimaan Gagasan 1Malaysia dan personaliti Najib yang menarik telah memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat Sarawak untuk BN terus memerintah. Rakyat Sarawak percaya di bawah pemerintahan Perdana Menteri akan terus membangunkan Malaysia dan memajukan Sarawak selari dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Pakatan Pembangkang yang kini semakin kehilangan sokongan cuba mencari seberapa banyak isu bagi meraih simpati rakyat dan pengundi. Ini disebabkan manifesto BN yang dilancarkan sebelum ini telah menyakinkan rakyat Sarawak bahawa keprihatinan BN untuk membawa Sarawak sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2030.

SPR yang mengulas mengenai dakwaan itu menegaskan tindakan BN itu tidak salah dan termasuk dalam Akta Pilihan Raya. Bagaimanapun, SPR mengingatkan parti-parti yang bertanding tidak dibenarkan mengibarkan bendera dan lambang parti selain daripada parti yang bertanding di sesebuah DUN itu.

Berasaskan kepada perkiraan SPR, DAP hanya dibenarkan menggantungkan poster di 15 kawasan DUN, PKR sebanyak 49 kawasan DUN, PAS lima kawasan, PCM enam kawasan, SNAP 26 kawasan DUN dan 41 kawasan DUN bagi Bebas. Manakala, BN berhak menggantungkan poster dan lambang dacing di kesemua DUN Sarawak.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

July 22, 2011 at 11:04 AM

jangan lah asyik memutar belitkan kenyataan.KALAU DAH PENIPU TU TETAP AKAN MENIPU SAMPAI KEAKHIRNYA,SEBABNYA ADA KEPENTINGAN DIRI APA LAH KORANG DAPAT ,BAGI ANAK BINI MAKAN DENGAN HASIL TIPU..BERTAUBAT LAH SAUDARA2 YANG SUKA MENIPU.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger