MASA DEPAN POLITIK VOON LEE SHAN SEMAKIN GELAP


Pintu politik Voon Lee Shan telah tertutup rapat apabila Wong Ho Leng telah bersetuju memberikan kerusi DUN Batu Lintang kepada PKR sebagai pertukaran kepada bagi mendapatkan kerusi DUN Padungan. Voon Lee Shan merupakan bekas ADUN Batu Lintang dan tindakan Wong Ho Leng telah menutup pintunya untuk meneruskan karier politik.

Penyingkiran Voon Lee Shan di DUN Batu Lintang akan memberikan kelebihan kepada BN untuk merampas kembali kerusi itu.

Keputusan DAP Sarawak untuk tidak mencalonkan Voon Lee Shan telah mendapat bantahan daripada ahli-ahli DAP yang berpihak kepada Voon Lee Shan. Kebanyakan mereka merupakan penyokong tegar Voon Lee Shan yang terdiri daripada masyarakat Dayak. Akibat tindakan DAP Sarawak, mereka telah mengadakan demontrasi di hadapan Pejabat DAP Sarawak bagi menyatakan kekecewaan mereka terhadap keputusan DAP yang tidak mencalonkan Voon Lee Shan sebagai calon pada Pilihan Raya DUN Sarawak ini.


Menurut wakil kumpulan itu yang juga ahli DAP, Tan Wei Wei mereka tidak gembira dengan keputusan DAP yang bersetuju bertukar kawasan dengan PKR sehingga menyebabkan Voon Lee Shan kehilangan ruang dan peluang untuk bertanding dalam Pilihan Raya DUN Sarawak ini.

Tindakan DAP Sarawak itu seumpama tidak mahu mendengar keluhan suara-suara majoriti pengundi DAP yang mahukan calon pilihan mereka bertanding dan bukannya dibuang begitu sahaja hanya disebabkan pertelingkahan sesama mereka.

Bagaimanapun, DAP yang bertanding di 5 kawasan utama di Kuching akan menerima tentangan hebat bukan sahaja daripada BN bahkan juga daripada calon-calon Bebas yang dijadualkan akan bertanding pada pilihan raya kali ini. Masa depan Voon Lee Shan dalam politik dijangka akan terus gelap ekoran keenganan DAP mencalonkannya sekaligus menidakkan Voon Lee Shan menggunapakai gelaran ‘Yang Berhormat’.

Ahli-ahli DAP Sarawak yang kecewa dengan tindakan pemimpin tertinggi mereka dijangka akan membuat undi protes untuk tidak menyokong calon DAP sebaliknya akan memangkah calon BN atau Bebas.

Sikap tidak adil yang ditunjukkan DAP Sarawak demi mencapai kepentingan peribadi memungkin krisis DAP akan lebih parah seperti yang berlaku ke atas PKR. Justeru, kepimpinan DAP dan PKR yang menghadapi masalah ini dilihat masih belum bersedia memimpin negeri ekoran masalah dalaman masih tidak dapat diselesaikan.

Bagaimana hendak memerintah sekiranya masalah dalaman parti tidak dapat ditangani sepenuhnya? Alangkah Pakatan Pembangkang menyelesaikan permasalahan parti terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang memerintah negeri.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

April 3, 2011 at 1:24 AM

MOHON LINK BLOG SAYA
http://helangbuana.blogspot.com/
TQ

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger