MACAM MANA NAK JADI YB, HUTANG BELUM BAYAR LAGI?




 Pilihan Raya DUN Sarawak kali ini mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya calon PAS di DUN Muara Tuang, Noraini Hamzah bertanding menentang calon BN, Datuk Ali Mahmud. Noraini mencatat sejarah bukanlah disebabkan keberaniannya bertanding dalam pilihan raya walaupun rupa dan taraf pendidikan tidak menggambarkan beliau mampu memimpin, tetapi beliau merupakan BUKAN anak jati Sarawak yang bertanding dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.

Selain BUKAN anak tempatan, calon PAS itu dikatakan telah berhutang dan masih belum melunaskan hutangnya walaupun telah diberi peringatan banyak kali. Bagaimana pula dia boleh membayar wang cagaran untuk bertanding dalam pilihan raya ini? Siapakah pula yang sanggup ‘sponsor’ kepada Noraini?

Setelah diselidik rupanya Noraini ini datang ke Sarawak dan membuka perniagaan kecil-kecilan. Noraini dikatakan telah meminjam wang daripada Amanah Ikhtiar bagi menampung perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan bersama suaminya. 

Pinjaman tersebut perlu dibayar setiap minggu secara berkumpulan. Setiap individu di dalam kumpulan tersebut perlu menjelaskan jumlah hutang masing-masing dan wang yang terkumpul oleh kumpulan tersebut perlu diserahkan kepada pemiutang. Sekiranya mana-mana individu tidak membayar bahagiannya, maka individu lain dalam kumpulan itu perlu membantu dan menambah bayaran tersebut sehingga mencukupi.

Noraini bukan sahaja tidak mengambil ringan tentang pinjaman itu bahkan sering tidak membayar membayar pinjaman tersebut. Kadang-kadang, Noraini dikatakan tidak mampu membayar pinjaman tersebut dan kadang-kadang pula, dia seolah-olah lupa tanggungjawabnya untuk membuat bayaran. Akibatnya, individu-individu di dalam kumpulan Noraini terpaksa tolong bayar bagi pihak Noraini.

Bayar dahulu hutangnya dan baharulah bermimpi menjadi YB...
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
April 10, 2011 at 7:59 AM

itulah hakikat rata2 manusia/rakyat terutama penjawat awam yg ada di Malaysia sekarang terpaksa melakukan second job untuk menampung kos sara hidup yang tidak lagi releven dengan gaji yang diterima sekarang,kajian dasar menunjukkan lebih 72.5% kakitangan awam merasakan itu satu bebanan untuk meneruskan hidup, bagi yang berpangkat tinggi sentiasa mendapat perhatian oleh kerajaan, itu bermakna Kerajaan Selangor amat prihatin dalam keadaan ini menaikkan gaji pekerja kakitangan awam di selangor. Tidak hairan calon PAS di atas terpaksa berhutang bukan kerana dia melakukan 2 kerja tetapi kerana keadaan keluarga yang tidak mampu menampung perbelanjaan keluarga, kajian itu tepat dgn situasi sekarang ini, sudah banyak rungutan dan permintaan dari kakitangan awam melalui badan2 yg bersangkuta tetapi Kerajaan memandang sepi, seolah olah langsung suara mereka dihormati. Walaupun dinaikan gaji hanya sekadar melepaskan tanggungjawab tidak langsung mencapai peratus persamaan dengan ekonomi sekarang, fikir2kanlah seandainya ini berlarutan maka majoriti kakitangan awam pasti akan berpaling arah kerana kecewa meminta lebih teruk dari harapan pada yang diberi pada kerajaan baru.

Anonymous
April 14, 2011 at 11:28 PM

kerajaan patut naiakn gaji penjawat awam setimpal dengan usaha dan penat lelah penjawat awam dalam menjalankan tugas dan tangungjawab masing-masing bagi mentadbir urus negara Malaysia. sektor awam merupakan pembayar gaji paling rendah di Malaysia berbanding sektor swasta dan sektor lain. kerajaan sekrang tak mampu nak bayar gaji pekerja sendiri sebab itulah ramai rakyat yang berhutang denagn pelbagai cara termasuk berhutang dengan ceti haram ( ah long 0. harapa perkara begini dapat menjadi pembuka mata pihak kerajaan.

Anonymous
December 17, 2011 at 8:02 PM

setahu saya pinjaman Amanah Ikhtiar adalah untuk membantu golongan MISKIN berniaga.

Apakah sebagai penjawat awam mereka diketegorikan sebagai MISKIN?
Apa relevennya dengan Noraini Hamzah ini?
Adakah dia seorang penjawat awam yang Miskin?

Kalau benar Noraini Hamzah ini seorang Islam sudah pasti dia insaf bahawa "hutang" adalah satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Hatta sekiranya siberhutang itu mati maka warisnya pula berkewajiban melunaskan hutang tersebut.

Inilah contoh seorang warganegara Malaysia Melayu dan Islam yang kufur dengan nikmat dan bantuan yang diberikan. Umpama kata pepatah " Berikan susu dibalaskan dengan Tuba"

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger