KEMESRAAN DR SIM TARIKAN PENGUNDI DUN PENDING



Setelah membuktikan kejayaannya dalam kerjayanya sebagai seorang pakar kardiologi dan diiktiraf antarabangsa, kini Prof Dr Sim sekali lagi mahu membuktikan kepakarannya dalam bidang politik.

Ini terbukti apabila Prof Dr Sim keluar seawall jam 7.00 pagi bagi menemui pengundi dan rakyat di kawasan Pending. Selama 4 jam berkempen, Prof Dr Sim yang tidak lokek dengan senyuman sentiasa riang bertemu dengan pengundi tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik.

Menjadi kehidupan hariannya ketika menjadi doktor yang sentiasa berdampingan dengan pesakit, kini Prof Dr Sim tidak kekok ketika bertemu pengundi sama ada di pasar mahupun di rumah-rumah kedai.

Prof Dr Sim yang bertanding buat kali pertama akan ditentang calon DAP, Violet Yong dalam usaha merampas kembali DUN Pending daripada DAP. Ketika ini, sokongan rakyat Pending terhadap Prof Dr Sim semakin meningkat atas faktor keperibadiannya yang mudah mesra dengan rakyat berbanding calon DAP, Violet Yong yang dilihat agak aggresif dan kasar.

Jom Ubah Pending…. Katakan Tidak Kepada DAP
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger