KAMBING HITAM PKR DI BALINGIAN



Setelah sekian lama berahsia siapakah calon PKR di DUN Balingian yang akan menentang Ketua Menteri Sarawak, akhirnya terjawab semasa penamaan calon semalam.

Calon PKR @ kambing hitam PKR Suriati Abdullah yang merupakan seorang suri rumah merupakan calon terakhir bagi mewakili PKR. Sebelum ini, difahamkan ramai calon yang dipilih tidak mahu atau tidak sampai hati menentang Ketua Menteri Sarawak atas faktor jasanya dalam membangunkan Sarawak.

Bercakap kepada wartawan selepas penamaan calon, Suriati Abdullah menyatakan beliau mempunyai banyak masalah yang akan dibangkitkan di DUN Balingian semasa kempen pilihan raya. Dipercayai, isu-isu yang akan dibangkitkan Suriati Abdullah telahpun ditulis skripnya oleh PKR dan hanya diminta untuk menyampaikannya sahaja.

Seperti isu-isu yang diketengahkan PKR di beberapa DUN di Sarawak, isu tanah merupakan ‘top ten’ yang menduduki tempat teratas. Mengapa PKR mahukan isu tanah menjadi pokok utama mereka dalam Pilihan Raya DUN Sarawak ini?

Pastinya semua ini adalah rancangan Baru Bian. Pengerusi PKR Sarawak itu meminta semua calon-calon PKR memainkan isu tanah walaupun menyedari kerajaan sudah berjaya menyelesaikan isu-isu tanah setelah beberapa perbincangan dan keputusan dibuat antara pemilik tanah dan kerajaan. Melalui cara ini, PKR mengharapkan rakyat bersimpati dan mereka yang mempunyai isu tanah boleh segera mendapatkan perkhidmatan khidmat nasihat dan guaman dengan harga mengikut nilai tanah (tidak akan diberi percuma).

Kesanggupan calon PKR itu untuk menyelesaikan kesemua masalah rakyat dengan mengadakan pelbagai macam janji. Janji-janji ini menjadi ‘tarikan’ kepada rakyat untuk menyokong PKR yang hanya bersandarkan kepada seorang surirumah tangga. Apakah yang mampu dibuat calon PKR yang hanya bertugas harian dengan mengemas rumah? Apakah dengan membawa sebatang penyapu sudah boleh menyelesaikan semua masalah rakyat termasuk masyarakat Iban di rumah panjang?

Beliau yang optimis akan mencapai kemenangan pada pilihan raya ini walaupun ramai rakyat berpandangan calon PKR bukan sahaja kalah bahkan dijangka hanya mendapat 2 undi, iaitu undi dari penyadang dan penyokong.

Kita tunggu dan lihat sewaktu penamaan calon nanti
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger