DUN MUARA TUANG CATAT SEJARAH, CALON PAS DIUSIR KELUAR

 
 Amaran kepada ahli-ahli PAS

Belum pernah dalam sejarah terutamanya di Sarawak satu poster diangkat dan dipamerkan bagi mengingatkan ahli-ahli Pakatan Pembangkang supaya tidak masuk ke kampung atau ke kawasan penduduk tempatan.

Larangan tersebut bukannya dibuat BN atau mana-mana parti politik yang pro BN, tetapi dibuat oleh penduduk tempatan. Walaupun Sarawak mengamalkan politik demokrasi dan pilihan raya memberikan peluang dan ruang sepenuhnya kepada pengundi untuk memilih calon pilihan mereka, namun penduduk tempatan berpendapat ‘orang luar’ Pakatan Pembangkang tidak seharusnya dibenarkan masuk sewenang-wenangnya ke kawasan mereka.

Ketika ini di bawah pemerintahan BN, penduduknya hidup aman damai. Tiada sebarang kekecewaan semasa hidup di bawah pemerintahan BN. Kedatangan Pakatan Pembangkang hanya menimbulkan kekecohan dengan penyebaran fitnah. Bagi penduduk kampung, keadaan seumpama ini diibaratkan sebagai pencetus masalah dan sememangnya perlu diusir dari kampung atau langsung tidak dibenarkan masuk.

Akibat degil dengan tidak memahami budaya masyarakat tempatan dan bersikap kasar maka penumbuk buku lima telah singgah di muka ahli-ahli PAS. Itulah yang diterima beberapa ahli PAS yang cuba berkempen di Kampung Kuap yang terletak di DUN Muara Tuang bagi melaksanakan kempen terhadap calon PAS yang ‘hutang’ belum diselesaikan lagi. 

Peringatan kepada ahli-ahli Pakatan Pembangkang terutama PAS dan PKR supaya menghormati budaya orang Sarawak. Bagi salam dahulu sebelum masuk, jangan main redah sahaja. Ini bukan Semenanjung yang boleh dipermainkan. Ingatlah bahawa penduduk Sarawak juga mempunyai maruah dan kami tidak mahu maruah kami dibeli seperti mana rakan-rakan kami di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Lihat juga di sini
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger