DOMINIQUE NG MANGSA PERCATURAN BARU BIAN/ VOON LEE SHAN MANGSA KEBENCIAN WONG HO LENG





Pakatan Pembangkang bukan sahaja mempunyai masalah dalaman antara parti kompenan PKR-DAP, malah lebih memburukkan keadaan dendam dan persengketaan lama antara pemimpin menyebabkan Pakatan Pembangkang tidak dapat bersatu dalam apa jua keadaan.

Demi kepentingan kedua-dua parti, Baru Bian dan Wong Ho Leng sanggup ‘membunuh’ karier politik rakan dalam parti demi mencapai kepentingan politik mereka. Atas persetujuan kedua-dua mereka, DUN Padungan yang menjadi idaman DAP yang sebelum ini disandang Dominique Ng dari PKR akan diberikan kepada DAP. DAP sangat mengidamkan kawasan DUN Padungan disebabkan ingin membalas dendam terhadap kekalahan mereka kepada PKR dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2006. Pemberian kawasan DUN Padungan kepada DAP merupakan kemenangan moral yang diperolehi DAP.

Bagi membalas jasa baik PKR, DAP tidak menoleh ke belakang dengan menyerahkan kawasan DUN Batu Lintang yang sebelum ini disandang Voon Lee Shan. Batu Lintang merupakan kawasan kuat bagi DAP dan meletakkan calon PKR di situ pastinya memberikan kelebihan kepada calon BN.

Dalam konflik pertukaran kedua-dua kawasan DUN itu diseliputi perasaan dendam. Dominique Ng dan Baru Bian dua sahabat yang tidak mempunyai kesepakatan ekoran perlantikan Baru Bian sebagai Ketua PKR Sarawak. Dominique Ng yang merupakan ahli PKR yang lebih berpengalaman berbanding Baru Bian. Bagaimanapun, kedua-dua mereka bukanlah merupakan ahli PKR yang sejati sebaliknya mereka berdua ini boleh dianggap sebagai ‘katak’. Dominique Ng dahulunya ahli DAP manakala Baru Bian merupakan ahli SNAP.

Percaturan Wong Ho Leng dalam menyingkirkan Dominique Ng juga mempunyai kaitan dengan saman malu yang dikemukakan Chong Chieng Jen, Setiausaha DAP. Dominique Ng selepas mencapai kemenangan pada Pilihan Raya DUN 2006, telah mengeluarkan kenyataan terhadap politik kotor yang digunakan Chong Chieng Jen bagi menghadapi Dominique Ng di DUN Padungan. Situasi ini juga yang menjadi faktor kepada penyingkiran Dominique Ng untuk mempertahankan kerusi Padungan yang cuba dipertahankan dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2011.


Di peringkat DAP, pergaduhan dan pertikaian Voon Lee Shan dan Wong Ho Leng tidak dapat dibendung lagi sehingga menyebabkan Wong Ho Leng terpaksa menggantung keahlian Voon Lee Shan selama 6 bulan ekoran pendedahan terhadap kepincangan DAP di dalam facebook. Selain itu, kejayaan Wong Ho Leng menjawat jawatan Pengerusi DAP Sarawak setelah mengalahkan Voon Lee Shan yang merupakan mantan Pengerusi menjadi penambah terhadap kebencian mereka berdua.

Akibat ketiadaan persefahaman terhadap ketua telah menyebabkan Dominique Ng dan Voon Lee Shan gagal mempertahankan gelaran ‘Yang Berhormat’ dan menutup pintu mereka dalam bidang politik bersama parti kesayangan mereka.

Keputusan Baru Bian dan Wong Ho Leng itu telah menunjukkan kekuasaan mereka dalam mentadbir PKR dan DAP. Selepas ini, sesiapa di kalangan ahli-ahli PKR dan DAP yang tidak sehaluan dengan mereka pastinya akan menerima nasib yang sama. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger