BN TEPATI RAMALAN MENANG 2/3



Hari ini 16 April 2011, Sabtu, sekali lagi BN mencatat sejarah apabila sekali lagi berjaya mendapat kepercayaan rakyat Sarawak untuk membentuk dan menubuhkan kerajaan.

Kejayaan BN memperoleh kemenangan di 55 kerusi DUN dan hanya tewas sebanyak 16 DUN yang majoriti Cina membolehkan BN mendapat majoriti 2/3. Daripada jumlah 16 DUN yang kalah, 12 DUN dimenangi DAP, 3 DUN PKR dan 1 Bebas.

Sama seperti Pilihan Raya DUN Sarawak 2006, Bebas sekali lagi berjaya menempatkan diri dalam senarai calon menang di DUN Pelagus. Sebelum ini, Bebas berjaya menempatkan dirinya di DUN Ngemah pada Pilihan Raya DUN 2006. Bagaimanapun, DUN Ngemah kali ini berjaya dirampas BN dengan majoriti yang agak besar. 


Pilihan Raya DUN Sarawak 2011 kali ini juga mencatat sejarah buruk buat SUPP apabila Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan tewas kepada calon DAP di DUN Piasau. Demikian juga beberapa calon SUPP yang diwakili kaum Cina tewas bagi menggambarkan masyarakat Cina menolak SUPP.

Penolakan masyarakat Cina terhadap SUPP sebenarnya telah menyebabkan calon masyarakat Cina berkurangan dalam kabinet kerajaan. Apakah sebenarnya yang dimahukan masyarakat Cina dalam Pilihan Raya DUN Sarawak ini dengan memberikan kemenangan kepada DAP?

Keseluruhan keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak juga menyaksikan peningkatan jumlah undi bagi calon-calon BN terutama bagi PBB. Bukti ini menggambarkan PBB masih sangat relevan bagi rakyat Sarawak.  
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

April 17, 2011 at 12:26 PM

Kaum Cina di Malaysia dgn nyata telah menunjukkan mereka sangat rasis.
Najib patut hentikan pemberian wang dan peruntukan kpd kaum Cina. Ini ibarat mencurah air di daun keladi.
Di PRU 13 nanti biarkan MCA dan Gerakan meletakkan calun2 mereka di kawasan2 majoriti Cina sahaja. Dgn ini kita akan dapat gambaran yg jelas kaum Cina sokong MCA dan Gerakan atau pun DAP.
Jika kaum Cina mengundi DAP, mereka akan kehilangan jawatan menteri atau timbalan menteri di peringkat kabinet. Dgn cara ini kaum Cina tidak akan ada suara di dalam Kerajaan secara langsung. UMNO haruslah pandai menekan kaum Cina utk menyokong Kerajaan dgn cara ini. Cara pujuk rayu dan rasuah sudah tidak berkesan lagi.
Kaum Cina dgn cara ini akan berfikir banyak kali utk menjaga kepentingan mereka kalau menyokong DAP.
Sekarang ini, ramai calun2 MCA dan Gerakan diletakkan di kawasan majoriti Melayu yg pasti akan menyokong BN. Dgn itu kaum Cina tak risau tak ada wakil menteri atau timbalan menteri dlm Kerajaan BN.
Cubalah UMNO berfikir positif dan proaktif pulak.
Dgn cara ini, insyallah, BN akan dapat menang dgn majoriti 2/3.
Letaklah calun2 Melayu sahaja di kawasan2 majoriti Melayu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger